Rabu, 8 September 2010

e-card raya family

Khamis, 2 September 2010

selamat hari raya



Isnin, 19 April 2010

gambar kahwin dan tunang sahabat-sahabatku

Bertunang

Asmah
suria


aliyatulmuna

Berkahwin

cerianya!!! hasmiza

shafira

azizi & zaleha....

shima

fasihah

hawa


+ = ??????
anis & shinchan

p/s: jodoh pertemuan ajal maut di tangan tuhan......

takhrij hadith

salam.....

‏جاء النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعودني ‏ ‏وأنا ‏ ‏بمكة ‏ ‏وهو يكره أن يموت بالأرض التي هاجر منها قال يرحم الله ‏ ‏ابن عفراء ‏ ‏قلت يا رسول الله أوصي بمالي كله قال لا قلت فالشطر قال لا قلت الثلث قال ‏ ‏فالثلث والثلث كثير إنك أن تدع ورثتك أغنياء خير من أن تدعهم ‏ ‏عالة ‏ ‏يتكففون الناس في أيديهم وإنك مهما أنفقت من نفقة فإنها صدقة حتى اللقمة التي ترفعها إلى ‏ ‏في ‏ ‏امرأتك وعسى الله أن يرفعك فينتفع بك ناس ويضر بك آخرون ولم يكن له يومئذ إلا ‏ ‏ابنة

hadith ini menyentuh mengenai wasiat. "sesungguhnya kamu meninggalkan keluargamu berkecukupan itu lebih baik dari meninggalkannya dengan kekurangan sampai meminta -minta kepada orang"
‏ ‏
kaedah takhrij hadith

1) pilih salah satu kalimah di dalam hadith. contoh :
يتكففون الناس

2) rujuk dalam mu'jam mufahras lil hadith

3)Jumpa. Kalimah ini ada di dalam sembilan buah kitab hadith iaitu Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Sunan Darimi, Sunan Abi Daud, Sunan Tirmidhi, Sunan Nasai'e, Sunan Ibn Majah, Muwwata' Malik dan Musnad Ahmad Ibn Hambal.

4)cari hadith tersebut. pastikan kesemua hadith yang ditemui
telah ditahqiq dan ditentukan darjatnya sama ada sohih, hasan atau dhoif. "rasanya sampai disini dah boleh anggap hadith ini sudah ditakhrij"

5) seterusnya buat syajaratul asanid. Ikut sanad-sanad hadith dari
9 buah kitab tersebut.

contoh sanad dari sohih Bukhari:

حدثنا أبو نعيم حدثنا سفيان عن سعد بن إبراهيم عن عامر بن سعد عن سعد بن أبي وقاص- رضي ألله عنه- قال



contoh yang dibuat

سعد بن أبي وقاص (nama sahabat)


diakhiri dengan nama pengarang kitab. Ibn Majah : جه Bukhari خ:

6) siap.

p/s: Jika ada salah silap tolong tegur ya..saya masih baru dalam bidang ini...

Sabtu, 17 April 2010

achik spin



innalillah wa inna ilaihi raji'un.....

17/04/10...dalam pukul 6-7pm...seorang saudara muslim kita telah kembali ke rahmatullah.....
terasa kehilangannya...sehingga terpaksa diluahkan dalam blog...

achik spin.....bukanlah insan istimewa dalam diri saya..namun pemergiannya menimbulkan sebak dalam diri...sapa-sapa pun jika ditanya tentang kematian achik akan menjawab sebegitu...mungkin dirinya dekat dalam diri kita terutamanya pada para remaja era 1999-2005

biasa la, zaman sekolah dulu...semua orang ada artis yang diminatinya,,,termasuklah saya..achik spin diantaranya....saya dulu memang minat dengan lagu2 dari kumpulan spin,,,biarpun orang cakap "ala, lagu tangkap leleh juga yang diminatnya"...
pasangan yang sering digandingkan dengannya iaitu nana pun saya minat gak..."gandingan ideal nana & achik..."selain menyanyi, dia juga berlakon...antara vcd lakonan achik yang ada dirumah saya seperti helah dan diari romeo...(tapi cetak rompak la) heheheh

boleh nak dikatakan dulu saya juga rajin beli majalah terutamanya yang ada gambar achik..hah....sampai macam tu sekali minat...tapi saya x hairanlah...bukan saya sorang ja macam tu...ramai lagi...biasa la zaman remajakan,,,,

masa semakin hari semakin berubah...minat pada artis sudah kurang dalam diri saya...x macam dulu dah....tambahan lagi,waktu tu achik dah kahwin, nana pun dah kahwin,,,so xtvt seni mereka pun semakin berkurangan....tapi bila timbul isu nana bercerai baru2 ni...minat untuk mengetahui kisah hidupnya kembali....nana ingin memulakan xtvt nyanyian bersama achik...so, saya mula mengekori semula kisah hidup mereka....

tapi dah tertulis dan tersurat...jodoh pertemuan,ajal maut semua telah ditentukan walaupun masih muda dan sihat...achik kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan isteri dan anak...

al-fatihah...

p/s:walaupun dia golongan artis tetapi dia tetap saudara muslim kita...hanya Allah Taala sahaja yang layak menentukan amalan seseorang...

Khamis, 1 April 2010

update terkini

salam....
hi,,,dah lama x update blog...jap2..nak buang habuk sat...uh....penatnya...ok la....hidup sebagai seorang student mmg x menentu..ade je benda yg x settle ....tu belum lagi keje nnti ntah la cam mana la.....
em....nak bermula dari mana ye???
ok la...saya try la citer sikit apa perkara yg saya lakukan sebelum ni....

1-pergi kursus pra perkhawinan...

tak ku sangka akhirnya sijil kahwin berjaya juga aku perolehi walaupun sebelum ni agak banyak juga rintangan yg terpaksa diharungi...huuhhhuhu..."sorry ayat poyo sikit"
p/s: sekadar sijil untuk menjamin masa depan & menambahkan ilmu...


2-pergi Pesta Buku di PWTC

bestnya dapat pergi pesta Buku...thanks umi salamah sebab ajak pergi...selain untuk berjalan-jalan tengok buku saya sebenarnya ada tujuan yang sangat penting....membawa amanat yeop yang berpesan supaya saya membeli novel Hlovate buatnya...saya beli dua buah buku tulisan Hlovate iaitu "versus"& "tutas" , novel versus sekarang memang famous...cerita yang menarik, ayat selamba & banyak memberi manfaat..."sorry yeop hamba baca dulu ya!!"




3-kenduri Sha..

alhamdulilah...kawan saya shafira selamat dinikahkan bersama suaminya yang bernama Jefri....selamat pengantin baru saya ucapkan...semoga berbahgia didunia dan seterusnya diakhirat kelak...insyallah....saya & nora berkesempatan menghadiri majlis tersebut walaupun jadual harian kami agak penuh minggu tersebut...kami bertolak ke kedah pada malam sabtu dan tiba pada pagi ahad.....pukul 12.00 pm kami tiba di majlis tersebut sebelumnya kami bersiap di rumah k.ani...petang tersebut pergi beli tiket dan bertolak pulang pada pukul 1.00 am...tiba di UKM pada pukul 9.00 am...bersiap untuk ke kuliah pada pukul 10.00 am...huh...penatnyo...



4- malam tropika

dinner kolej yang setiap tahun diadakan bagi meraikan pelajar khususnya pada pelajar tahun 3 yang akan menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi...tema yang dipilih pada tahun ini ialah malam tropika..semoga ianya menjadi kenangan manis bagi mereka .........


5-ajk kursus latihan amali industri

tiada apa hendak diceritakan cuma ini merupakan satu pengalaman bonus untuk saya bersiap sedia menghadapi dunia pekerjaan yang insyallah akan dilaksanakan di ILIM, Bangi...doakan semoga saya berjaya.....



baiklah sampai sini dulu....

Isnin, 1 Mac 2010

11 Keistimewaan wanita....



  • 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal itu, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
  • 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
  • 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • 5. Apabila lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan.
  • 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  • 7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • 8. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • 9. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • 10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
  • 11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

Sabtu, 27 Februari 2010

BeraT MatA MeliHAt.....

salam...
salam maulidur rasul .....selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah s.w.t....Nabi Muhammad S.a.w...

post kali ni bertajuk "berat mata melihat"..... pelbagai maksud yg boleh ditafsirkan berdasarkan tajuk entri saya kali ni......

ia adalah mengenai perkara yg kewujudannya kurang diambil kisah oleh kita...sama ada sedar atau tidak..
ok la.... saya mulakan dengan aktiviti yg saya lakukan semalam iaitu pergi teman kawan shopping baju dekat masjid India... kebetulan pula semalam cuti umum so makin panjang la langkah kami....

baju2 kat sini kebanyakkannya murah2 dan cantik pula tu...tapi kita kene pandai server la...jangan tertipu sudah...."ada baju yg berharga RM200 tempat lain boleh dapat dengan RM98.00 je kat sini...tapi maybe, tak berkualiti kot!!" harga dekat sini boleh dirunding...so, jangan terburu-buru ketika membeli...

kemudian selepas membeli, kami singgah kat masjid India untuk solat asar dan bercadang nak balik ...tapi ada sorang kawan offer nak hantar balik...so, kami terima la pelawaan tersebut memandangkan kaki yg dah penat berjalan...so, sementara menunggu kawan tersebut datang kami singgah di SOGO untuk berehat dan solat maghrib....
maka selepas inilah bermulanya maksud yg ingin saya ceritakan mengenai "berat mata melihat"



bolehkah kita lihat gambar ni tanpa ada sekelumit perasaan sedih, geram, dan rasa bertanggung jawab dalam diri?

saya tidak mahu bersoal jawab dalam perkara ini...hanya diri kita sendiri yg mampu menjawabnya....

saya nampak pakcik ni sewaktu sedang menunggu kawan kami diluar SOGO...hadapan pintu utama...pada mulanya saya hanya melihat kosong sahaja memandangkan ini merupakan persekitaran yg agak agak biasa di bandar2...namun, yg membuatkan saya berasa sedih bila melihat pakcik ni sedang mengerang kesakitan....tiada sesiapa yg menolong.... orang2 di sekelilingnya hanya mampu menunjukkan wajah simpati sahaja ....

akibat tidak sanggup melihatnya ....saya memberanikan diri untuk bertanya...."pakcik ok ker?" "pakcik ok nak...usus ni kembang sikit nanti ok la" ..."pakcik dah makan"? "pakcik dah makan ...takpe2 lepas ni ok la nak...."ini adalah antara perbualan saya dengan pakcik tersebut.... kalau ikutkan hati nak je saya ambil duit dia dan beli ubat kat farmasi...or guna duit saya pun takpe...tapi sayangnya saya tidak berbuat apa2 melainkan berdoa kepada Allah.....pakcik tu menahan kesakitan sehingga mengalir air matanya....kesakitan yg amat sangat ...tiada sesiapa yg membantunya....saya hanya melihat sehinggalah kawan yg ditunggu tiba....

bila difikir2kan semula pelbagai persoalan yg timbul ...antaranya ialah:
-mengapa sikap prikemanusiaan sesama kita semakin berkurangan?
-dimana anak-anaknya atau saudara-maranya?
-bagaimana seorang tua dan sakit (saya lihat kakinya dibalut) boleh sampai di hadapan SOGO semata-mata untuk meminta sedekah?

saya percaya pakcik ni adalah sebahagian daripada mereka yg dipaksa untuk meminta sedekah oleh sendiket yg tidak bertanggungjawab dan kejam berdasarkan ciri2 yg dilihat....bagaimana pula pandangan anda???

p/s: ketaq tangan nak nulis bila mengingati pakcik tersebut........

Rabu, 17 Februari 2010

blueberry



salam

boleh x bagitau saya.... sekarang trend handset jenis apa yang menjadi pilihan ramai???? blackberry @ blueberry @ strawberry????....huuhuhuhh....
saya pun x berapa tahu sangat pasal trend sekarang... just dengar orang bercerita....

semalam pergi round2 kat pekan jitra... nak pi tengok2 handset yang paling hangat ketika ini...
blackberry @ blueberry....

mula2 saya ingat handset ni mahal sebab saya ada tgok kat paper harganya mencecah sehingga RM 2000 ....
sebagai student saya rase x mampu la nak memiliki handset ni....

tapi semalam saya terkejut sebab saya jumpa handset blueberry berharga RM 200.... murah tu!!! rupa lebih kurang jer dengan handset RM2000..
kemudian setelah diteliti barulah saya tahu yang handset blueberry @ blackberry ni
ada pelbagai jenis dan fungsi...
ada yang murah dan mahal....
tapi yang pastinya rupa handset ni lebih kurang ja semuanya.....( before beli better rujuk kat mana2 for ex. kat internet)

ok la... saya nak bercerita mengenai handset ni lebih2 pun x boleh sebabnya x berapa nak tahu mengenainya sangat....

P/S: boleh mati jika terlalu mengikuti trend....

Rabu, 10 Februari 2010

KIC 2010

salam

ini antara gambar yang berjaya saya perolehi dari program Kem Insan Cemerlang, SMK Dato' Hj. Hussien lepas..
thanks to bro yang saya amik gambar ni dari FB dia....x minta kebenaran pun...tapi rasanya sure bagi kot!!!!

wan (ketua kumpulan 4)...."berat la hamper tu...awat la hang x pegang sekali!!!"


senyuman manis dari puteri2 SMK Dato' Hussien


fasi2 yang ceria lepas nampak kamera....


PRA-U SMK DATO HJ. HUSSIEN



mariam, anis, asmah n the geng


"saya rase kawasan ni sesuai kot tuk cik Besah jual ayaq kat student" kata minah kepada rakan2nya.....


hihihihihhh.....meronyeh jer!!!!


mantan PERMADARI: " kamu semua mestilah belajar2 bersungguh yerk!!!"


ok......

P/S: C.U.d.I.P.T.....

Isnin, 8 Februari 2010

SMK Dato'Hj Hussien


salam..
seperti yang dijanjikan...post kali ni saya akan menceritakan pengalaman manis sepanjang pembabitan saya sebagai fasilitator untuk kem insan cemerlang di SMK Dato'Hj Hussien, selama, perak..

kem ini dianjurkan oleh persatuan anak negeri perak @ PERMADARI UKM....pada 5-7 feb lepas....

mengapa saya mengatakan ia pengalaman manis????
huhuhhhh......
sebelum ni saya agak takut n nervous bila diberitahu bahawa kami akan menjadi fasi untuk pelajar form 6...yg mana jarak umur mereka dan kita x la jauh sangat dan satu lagi sekolah yg dipilih ialah sek.men.keb....saya x pernah berhadapan dengan pelajar sek harian ni sbb saya dr sek agama...so, x dpt agak la tahap kesosialan mereka bagaimana......"
kurang selesa jika pergaulan antara mereka terlalu bebas"

selain itu, saya ini agak takut bila mengingatkan kembali semasa saya form 6 dulu...masa itu ada program seperti ini juga yang mana para mahasiswa telah datang ke sekolah untuk membuat program motivasi bagi form 6...

x tahu apa salah n silapnya..kami pakat x nak join program ni ..... walaupun akhirnya terpaksa juga ikut... lebih kurang macam "paksa rela"la...

masa tu rase hormat pada mereka kurang n bila diberi arahan kami buat tak tahu dan lambat2 kan masa...memang la waktu itu mereka marah tapi x boleh buat apa la sebab kitorang memang x nak join .... selain itu faktor umur dan sikap ...ada setengah fasi yang umurnya sebaya dengan kami n mereka ni agak sombong la jugak....
ni la antara sebab mengapa saya agak takut pada mulanya.....
"takut kene sumpahan bak kata k.lieya"

but.... saya bersyukur la sangat2.....semua perkara yang bermain di fikiran tidak berlaku sepanjang program berlangsung malah sambutan yang diberikan oleh pelajar sangatlah baik ...mereka ni x sombong dan murah dengan senyuman ....semua pelajar termasuk pelajar2 form lain...

saya n
fairuz menjadi fasi bagi kumpulan 4 "blue sky"...terdiri drpad 1 lelaki dan 7 perempuan...wan hadzri, amira yazid, amira syarif, farah wahida, adila,marliani, zaiemah,n marian.."wah!!! k.anis ingat lah nama korang tapi muka x brp nak ingat la" hhuhuhh ....semuanya sempoi...tgasan yg diberikan pun dilaksanakan dengan baik

antara tugasan yg perlu dilakukan oleh kami semasa program LDK ialah menerangkan mengenai matlamat hidup, memilih nama kumpulan n sebagainya, menceritakan pengalaman hidup dan mmberi tazkirah kepada mereka..saya memilih tajuk asgment saya "pluralisme agama" sebagai bahan tazkirah...ini kerana ia merupakan tajuk yang agak hangat ketika ini..

..walaupun begitu kitorg x dpt bersama mereka sepenuhnya....terutamanya masa program kesenian ... sbb kitorg pun kene buat persembahan jugak....
"malu giler jadi student nakal tapi pakai pakaian sopan...mariam siap nyanyi lagu "malu bertanya kawan...sesat jalan pulang!!! x ingat sangat lirik lagu ni ...tp mariam memang sempoi la.....sampai depa panggil hang kakak brutal...huhuhuhu"

cuma kat sini saya harap apa yang saya lakukan ni mendapat manfaatnya bukan untuk diri saya sahaja tapi juga untuk orang lain terutamanya bangsa melayu Islam ...

p/s : tujuan diadakan program motivasi ini adalah untuk menyatakan kesyukuran kita kepada Ilahi disamping memberi kesedaran kepada pelajar...." antara ucapan dari ketua pengarah program"

jalan2

salam...
ini antara gambar yang diambil semasa pergi berjalan-jalan dengan nora...antara destinasinya ialah masjid India, jalan TAR, SOGO & kawasan sekitarnya....lihatlah!!!


p/s: mggu lepas pi program anjuran PERMADARI UKM ke Sek.Men.Keb. Dato' Husssien. Selama, Perak . next post saya akan citer ttg program ni..

Selasa, 26 Januari 2010

PRK


salam...
isu yg hangat ketika ini ...pilihan raya kampus...bagi Universiti kebangsaan Malaysia....
"sudahkah anda mendaftar???"
huhuhhhh...bagi PRK ni x pyh la kita menguar-uarkan slogan ni sbb kite memang dah daftar sbg student UKM & diharuskan untuk mengundi...oleh itu..esok 28/1/10 marilah sama2 kita untuk turun mengundi..x jauh pun kat kolej masing2 jer....

ok la...pagi tadi, saya berkesempatan untuk menyertai program debat di antara calon ASPIRASI VS GMUKM versi kaum cina... ( bertempat di sudut pidato Fakulti Ekonomi)

ini jujur dari pandangan saya yg kerdil dan banyak kekurangan dari pelbagai sudut...

debat kali ni lebih bnyk mengutarakan tentang isu perkauman....isu yg dahulunya pernah menjadi satu sejarah hitam bg rakyat Malaysia...mengapa isu ini dibangkitkan???mana slogan yg dilaung-laungkan oleh perdana menteri kita .....1 Malaysia? kelemahan yg dimiliki oleh calon GMUKM yg x boleh berbahasa mandarin dijadikan sebagai satu hujahan...

selain itu, perdebatannya pula lebih ke arah emosional....x seperti yg dilaung2kan sebelum ni iaitu " mahasiswa berintelektual"...
.
apa maksud intelektual???? saya sendiri kurang pasti tentang maksud ini walaupun telah merujuk kamus

isu mengenai kebajikan mahasiswa juga dibangkitkan...alhamdulilah....ini antara isu yg paling penting untuk diketahui oleh mahasiswa... bagi memilih pemimpin yg benar-benar dapat merealisasikan apa yg telah dijanjikan dlm manifesto mereka...
mungkin apa yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan sepenuhnya tetapi usaha mereka untuk membantu pelajar dari sudut yg lain pula perlu diambil kira...

bila berfikir mengenai politik ni kadang2 amat memeningkan kepala...sampai ada sesetengah pihak yg mengambil sikap berkecuali iaitu tidak menyokong mana-mana pihak....sebenarnya sebagai mahasiswa kita sepatutnya tidak boleh bersikap begini... kita harus bangkit dan menegakkan kebenaran...apa itu kebenaran??? jawapannya ada dalam diri anda sendiri....
berhujah??? apa itu hujah??....saya kadang2 keliru sama ada orang itu sedang berhujah atau hanya bercakap kosong sambil mendabik dada....ntah la...klu nak pilih pemimpin yg hanya pandai bercakap rasenya ramai....saya pun boleh masuk calon.....huhuhhhh...

oleh itu,,,,berhati2 la ketika ingin mengundi nanti...pilihlah pemimpin yg benar2 layak untuk memimpin orang dibawahnya....

p/s: politik tidak kotor tetapi orang yang didalamnya banyak menggunakan teknik kotor...


Sabtu, 23 Januari 2010

larian 1 malaysia

salam....
fuh...penatnye!!! ari ni pi larian 1 malaysia...bukan jadi pelarian yerk....ok la....penat skit jer...dah lama x joging...moga2 x sakit la badan lpas ni...
tiba2 teringat plak waktu join PALAPES mase first year dulu....tiap2 minggu joging...muka makin gelap ...berat menurun skit la..tapi yg penting stamina semakin bertambah...
ye la..belajar kat U ni musti la perlu stamina yg kuat...tambah2 lagi xde transport cam saya ni..huhhh ...p/s: "guna sepenuhnya kudrat yg dikurniakan Allah kpd hambanya"

ok la ni pic waktu pgram tadi ....



Q: adakah 1 malaysia boleh dikategorikan sebagai Pluralisme Agama @ kepelbagaian agama?

Rabu, 13 Januari 2010

facebook.....

salam...
post terbaru bg tahun 2010...
alhamdulilah....kita masih dipanjangkan umur utk meneruskan pencarian hakikat "hamba" dan "khalifah" di muka bumi ini....

tahun ni saya dah naik sem 4...sem ni saya kene pilih subjek elektif modul tafsir or hadith.....mana satu yg saya nak pilih yerk?? saya klu bab memilih ni lemah skit....tp setelah difikir2 berulang2 kali ....saya memilih modul hadith......

em...saya x nak gtau la pasal apa saya pilih modul ni...sbb......... saya mmg xde reason napa amik modul ni....

tapi bila teringat kata2 ust dalam kelas tadi " ALLAH s.w.t telah memilih kita tuk memdalami ilmu ini ...maka hendaklah kita mempelajarinya...x semua org diberi peluang ini..."...saya rase ini adalah reason yg terbaik mengapa saya memilih modul hadith.....

mggu ni dah masuk mggu ke-4....asgment dah diberi & tggu masa saja tuk dilangsaikan...antaranya PIS (islam & pelbagai agama dan ulasan pandangan Ismail Faruqi) , KPI (jenis2 kepimpinan dalam organisasi), Ko-Ko batik (bunga 1 malaysia, U3 seni tampak (kritik lukisan).....&lain2 ...

facebook....hahaahahaa..... sapa yg giler main games kat facebook ni..????
bukannya apa...saya ni diantara org yg agak giler la main games dlm fb ....games fb ni yg best nye dia ada time ....contohnya....saya ada kebun...masa mula2 main tu saya baru start tanam biji benih...kene tggu 3 hari tau!! baru dia tumbuh..lepas tu jual.. dapat duit ..tanam lagi...sampai la skrg..dah dekat sebulan saya main... skrg kebun saya ada pokok buah2an, tanaman, ternakan.

mmg best la main games ni....smpai adik2 saya pun teruja nak main gak....
sebelum balik U, adik saya ( mimie) suruh saya daftarkan fb tuk dia...sbb nak main games...saya xnak buat sbb dia belum cukup umur lagi...11 tahun.....saya suh dia main games fb saya je...dia xnak..

tadi mase saya belek2 fb ...tiba2 saya nampak dlm list fb abg saya ada name mimie....saya klik la...betul la mimie adik saya...hahahaaa .......biar betul dia ni..org x bagi buat pun usaha buat gak....semangat yg bagus!!!! tapi tuk main game la plak..... kat tembok tu saya baca xtvt dia penuh ngan games...mcm2 games dia main....emm...xpe la...

aini syamimie nur

p/s; ada macam2 kaedah yg boleh digunakan tuk mg'hilangkan stress...