Sabtu, 27 Februari 2010

BeraT MatA MeliHAt.....

salam...
salam maulidur rasul .....selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah s.w.t....Nabi Muhammad S.a.w...

post kali ni bertajuk "berat mata melihat"..... pelbagai maksud yg boleh ditafsirkan berdasarkan tajuk entri saya kali ni......

ia adalah mengenai perkara yg kewujudannya kurang diambil kisah oleh kita...sama ada sedar atau tidak..
ok la.... saya mulakan dengan aktiviti yg saya lakukan semalam iaitu pergi teman kawan shopping baju dekat masjid India... kebetulan pula semalam cuti umum so makin panjang la langkah kami....

baju2 kat sini kebanyakkannya murah2 dan cantik pula tu...tapi kita kene pandai server la...jangan tertipu sudah...."ada baju yg berharga RM200 tempat lain boleh dapat dengan RM98.00 je kat sini...tapi maybe, tak berkualiti kot!!" harga dekat sini boleh dirunding...so, jangan terburu-buru ketika membeli...

kemudian selepas membeli, kami singgah kat masjid India untuk solat asar dan bercadang nak balik ...tapi ada sorang kawan offer nak hantar balik...so, kami terima la pelawaan tersebut memandangkan kaki yg dah penat berjalan...so, sementara menunggu kawan tersebut datang kami singgah di SOGO untuk berehat dan solat maghrib....
maka selepas inilah bermulanya maksud yg ingin saya ceritakan mengenai "berat mata melihat"



bolehkah kita lihat gambar ni tanpa ada sekelumit perasaan sedih, geram, dan rasa bertanggung jawab dalam diri?

saya tidak mahu bersoal jawab dalam perkara ini...hanya diri kita sendiri yg mampu menjawabnya....

saya nampak pakcik ni sewaktu sedang menunggu kawan kami diluar SOGO...hadapan pintu utama...pada mulanya saya hanya melihat kosong sahaja memandangkan ini merupakan persekitaran yg agak agak biasa di bandar2...namun, yg membuatkan saya berasa sedih bila melihat pakcik ni sedang mengerang kesakitan....tiada sesiapa yg menolong.... orang2 di sekelilingnya hanya mampu menunjukkan wajah simpati sahaja ....

akibat tidak sanggup melihatnya ....saya memberanikan diri untuk bertanya...."pakcik ok ker?" "pakcik ok nak...usus ni kembang sikit nanti ok la" ..."pakcik dah makan"? "pakcik dah makan ...takpe2 lepas ni ok la nak...."ini adalah antara perbualan saya dengan pakcik tersebut.... kalau ikutkan hati nak je saya ambil duit dia dan beli ubat kat farmasi...or guna duit saya pun takpe...tapi sayangnya saya tidak berbuat apa2 melainkan berdoa kepada Allah.....pakcik tu menahan kesakitan sehingga mengalir air matanya....kesakitan yg amat sangat ...tiada sesiapa yg membantunya....saya hanya melihat sehinggalah kawan yg ditunggu tiba....

bila difikir2kan semula pelbagai persoalan yg timbul ...antaranya ialah:
-mengapa sikap prikemanusiaan sesama kita semakin berkurangan?
-dimana anak-anaknya atau saudara-maranya?
-bagaimana seorang tua dan sakit (saya lihat kakinya dibalut) boleh sampai di hadapan SOGO semata-mata untuk meminta sedekah?

saya percaya pakcik ni adalah sebahagian daripada mereka yg dipaksa untuk meminta sedekah oleh sendiket yg tidak bertanggungjawab dan kejam berdasarkan ciri2 yg dilihat....bagaimana pula pandangan anda???

p/s: ketaq tangan nak nulis bila mengingati pakcik tersebut........

Rabu, 17 Februari 2010

blueberry



salam

boleh x bagitau saya.... sekarang trend handset jenis apa yang menjadi pilihan ramai???? blackberry @ blueberry @ strawberry????....huuhuhuhh....
saya pun x berapa tahu sangat pasal trend sekarang... just dengar orang bercerita....

semalam pergi round2 kat pekan jitra... nak pi tengok2 handset yang paling hangat ketika ini...
blackberry @ blueberry....

mula2 saya ingat handset ni mahal sebab saya ada tgok kat paper harganya mencecah sehingga RM 2000 ....
sebagai student saya rase x mampu la nak memiliki handset ni....

tapi semalam saya terkejut sebab saya jumpa handset blueberry berharga RM 200.... murah tu!!! rupa lebih kurang jer dengan handset RM2000..
kemudian setelah diteliti barulah saya tahu yang handset blueberry @ blackberry ni
ada pelbagai jenis dan fungsi...
ada yang murah dan mahal....
tapi yang pastinya rupa handset ni lebih kurang ja semuanya.....( before beli better rujuk kat mana2 for ex. kat internet)

ok la... saya nak bercerita mengenai handset ni lebih2 pun x boleh sebabnya x berapa nak tahu mengenainya sangat....

P/S: boleh mati jika terlalu mengikuti trend....

Rabu, 10 Februari 2010

KIC 2010

salam

ini antara gambar yang berjaya saya perolehi dari program Kem Insan Cemerlang, SMK Dato' Hj. Hussien lepas..
thanks to bro yang saya amik gambar ni dari FB dia....x minta kebenaran pun...tapi rasanya sure bagi kot!!!!

wan (ketua kumpulan 4)...."berat la hamper tu...awat la hang x pegang sekali!!!"


senyuman manis dari puteri2 SMK Dato' Hussien


fasi2 yang ceria lepas nampak kamera....


PRA-U SMK DATO HJ. HUSSIEN



mariam, anis, asmah n the geng


"saya rase kawasan ni sesuai kot tuk cik Besah jual ayaq kat student" kata minah kepada rakan2nya.....


hihihihihhh.....meronyeh jer!!!!


mantan PERMADARI: " kamu semua mestilah belajar2 bersungguh yerk!!!"


ok......

P/S: C.U.d.I.P.T.....

Isnin, 8 Februari 2010

SMK Dato'Hj Hussien


salam..
seperti yang dijanjikan...post kali ni saya akan menceritakan pengalaman manis sepanjang pembabitan saya sebagai fasilitator untuk kem insan cemerlang di SMK Dato'Hj Hussien, selama, perak..

kem ini dianjurkan oleh persatuan anak negeri perak @ PERMADARI UKM....pada 5-7 feb lepas....

mengapa saya mengatakan ia pengalaman manis????
huhuhhhh......
sebelum ni saya agak takut n nervous bila diberitahu bahawa kami akan menjadi fasi untuk pelajar form 6...yg mana jarak umur mereka dan kita x la jauh sangat dan satu lagi sekolah yg dipilih ialah sek.men.keb....saya x pernah berhadapan dengan pelajar sek harian ni sbb saya dr sek agama...so, x dpt agak la tahap kesosialan mereka bagaimana......"
kurang selesa jika pergaulan antara mereka terlalu bebas"

selain itu, saya ini agak takut bila mengingatkan kembali semasa saya form 6 dulu...masa itu ada program seperti ini juga yang mana para mahasiswa telah datang ke sekolah untuk membuat program motivasi bagi form 6...

x tahu apa salah n silapnya..kami pakat x nak join program ni ..... walaupun akhirnya terpaksa juga ikut... lebih kurang macam "paksa rela"la...

masa tu rase hormat pada mereka kurang n bila diberi arahan kami buat tak tahu dan lambat2 kan masa...memang la waktu itu mereka marah tapi x boleh buat apa la sebab kitorang memang x nak join .... selain itu faktor umur dan sikap ...ada setengah fasi yang umurnya sebaya dengan kami n mereka ni agak sombong la jugak....
ni la antara sebab mengapa saya agak takut pada mulanya.....
"takut kene sumpahan bak kata k.lieya"

but.... saya bersyukur la sangat2.....semua perkara yang bermain di fikiran tidak berlaku sepanjang program berlangsung malah sambutan yang diberikan oleh pelajar sangatlah baik ...mereka ni x sombong dan murah dengan senyuman ....semua pelajar termasuk pelajar2 form lain...

saya n
fairuz menjadi fasi bagi kumpulan 4 "blue sky"...terdiri drpad 1 lelaki dan 7 perempuan...wan hadzri, amira yazid, amira syarif, farah wahida, adila,marliani, zaiemah,n marian.."wah!!! k.anis ingat lah nama korang tapi muka x brp nak ingat la" hhuhuhh ....semuanya sempoi...tgasan yg diberikan pun dilaksanakan dengan baik

antara tugasan yg perlu dilakukan oleh kami semasa program LDK ialah menerangkan mengenai matlamat hidup, memilih nama kumpulan n sebagainya, menceritakan pengalaman hidup dan mmberi tazkirah kepada mereka..saya memilih tajuk asgment saya "pluralisme agama" sebagai bahan tazkirah...ini kerana ia merupakan tajuk yang agak hangat ketika ini..

..walaupun begitu kitorg x dpt bersama mereka sepenuhnya....terutamanya masa program kesenian ... sbb kitorg pun kene buat persembahan jugak....
"malu giler jadi student nakal tapi pakai pakaian sopan...mariam siap nyanyi lagu "malu bertanya kawan...sesat jalan pulang!!! x ingat sangat lirik lagu ni ...tp mariam memang sempoi la.....sampai depa panggil hang kakak brutal...huhuhuhu"

cuma kat sini saya harap apa yang saya lakukan ni mendapat manfaatnya bukan untuk diri saya sahaja tapi juga untuk orang lain terutamanya bangsa melayu Islam ...

p/s : tujuan diadakan program motivasi ini adalah untuk menyatakan kesyukuran kita kepada Ilahi disamping memberi kesedaran kepada pelajar...." antara ucapan dari ketua pengarah program"

jalan2

salam...
ini antara gambar yang diambil semasa pergi berjalan-jalan dengan nora...antara destinasinya ialah masjid India, jalan TAR, SOGO & kawasan sekitarnya....lihatlah!!!


p/s: mggu lepas pi program anjuran PERMADARI UKM ke Sek.Men.Keb. Dato' Husssien. Selama, Perak . next post saya akan citer ttg program ni..