Isnin, 25 April 2011

Guru Akhlak

salam
hari ini, 25/4/11....berakhirnya peperiksaan untuk semester ini, maka tamatlah pengajian saya di ukm. sedar tak sedar sudah 3 tahun saya berada di di sini. timbul pelbagai perasaan di kala ini.
  • gembira -Dah habis belajar
  • sedih - Nak tinggalkan kawan-kawan dan pensyarah
  • takut -memikirkan perkara akan datang
  • yakin - insyaallah, dengan sedikit ilmu yang diperolehi, akan cuba buat yang terbaik
walau apa pun yang berlaku, prinsip saya "hidup diteruskan"
alamak!!!feeling lebih pulak nak tinggalkan UKM ni, padahal tesis tak siap-siap lagi...hahahh

tajuk tesis saya "manhaj al-Quran dalam Mendidik Remaja"
saya suka dengan tajuk tesis saya walaupun tajuknya agak umum dan biasa. setelah membuat beberapa kajian, maka saya dapati bahawa pendidikan al-Quran sememangnya sebuah langkah pendekatan yang terbaik dalam mendidik akhlak remaja yang semakin tidak terkawal ketika ini. namun, sejujurnya saya belum dapat mengenalpasti langkah pendekatan yang bagaimanakah sesuai dilakukan untuk mendidik akhlak mereka.selain membuat rujukan di buku dan beberapa artikel, saya juga ada membuat sedikit pemerhatian. namun ianya tidak saya letakkan dalam tesis saya kerana tidak menjumpai teks penyokong.

oh ye, tadi saya berkesempatan menonton filem "aku masih dara". filem ini bagus, tapi saya syorkan untuk ditonton secara bersendirian. pendekatan dakwah terkini digunakan. firdaus, seorang pemuda 'alim yang cuba untuk menegur dan mendidik sepupunya supaya kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar. dia cuba bersikap bertoleransi dan sabar dalam menghadapi karenah sepupunya. tidak cepat melenting dan sentiasa bersabar. dia berdakwah sehingga sanggup mengikuti sepupunya masuk ke disko dan rela mengahwini sepupunya yang sudah terlanjur dengan niat untuk membimbingnya. walaupun di akhir ceritanya, sepupu dia tidak tertarik dengan dakwah yang cuba disampaikan firdaus tetapi kawan kepada sepupunya pula yang tertarik dan kembali ke arah cara hidup Islam yang sebenar.


bila difikir-fikirkan semula, kuatnya Iman si firdaus ini. adakah wujud para pendakwah yang sekuat sepertinya? saya tidak menuding jari kepada sesiapa. ini kerana setiap daripada Muslim itu wajib ke atasnya untuk "amar ma'ruf nahi mungkar".
pendakwah di era globalisasi ini, pelbagai cabaran yang harus di harungi. sabar menghadapi dugaan dunia. sesiapa yang ikhlas melaksanakannya ,maka ia akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

p/s:sesiapa ada pandangan mengenai "pendekatan terkini dalam mendidik akhlak remaja" boleh la berkongsi dengan saya.

Khamis, 14 April 2011

RAPUH




BENTENG PERTAHANAN




benteng pertahanan daripada gangguan syaitan hanya menerusi bacaan zikir, dengan kata lain tidak perlulah mempelajari beberapa jenis ilmu silat atau memiliki pedang @parang untuk berhadapan dengan syaitan, iblis dan jin.


Maha Suci Allah swt yang mengajari hambaNya kaedah mengatasi gangguan syaitan.





1.bersifat ikhlas

2.beribadah kepada Allah

3) menyertai Jama'ah

4)menjaga solat jemaah




5) berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah

6) meminta perlindungan kepada Allah daripada gangguan Syaitan











7 ) memperbanyakkan ibadah



8)menjaga keluarga dan anak-anak



9)membaca AYAT AL-KURSI


10) membaca surah al-Baqarah



11)membaca 10 ayat dari surah AL-BAQARAH, 4 ayat dari AWAL + AYAT AL-KURSI +2 AYAT SELEPASNYA dan 3 ayat dari AKHIR AL-BAQARAH


12) membaca 2 ayat dari akhir surah al-Baqarah


13)membaca 3 Qul


14)menjaga pandangan, perut, lidah, kemaluan dan tangan



15)menutup mulut ketika menguap
16)sentiasa berwuduk


17)Qiamullail


18) tidak berpegang kepada sesuatu yang tidak pasti.

SIHIR









keterlibatan syaitan dalam sihir adalah sangat mengerunkan. Ini kerana ianya bukan sahaja membabitkan tukang sihir malah mangsa sihir juga akan merana sepanjang hayat mereka. sihir terbahagi kepada 15 bahagian iaitu:


1)sihir pemisah : dapat memisahkan di antara suami dengan isteri atau antara anak dan ibunya.


2)sihir pengasih: (nasi kangkang) sihir yang dilakukan oleh isteri melalui bomoh terhadap suaminya untuk tujuan mengawal suami.


3)sihir khayal: seseorang melihat sesuatu tidak mengikut gambaran sebenar

4)sihir yang boleh menyebabkan seseorang menjadi gila

5)sihir yang menyebabkan seseorang itu suka murung dan menyendiri


6)sihir bisikan:mimpi yang buruk, mendengar suara tetapi tidak melihat sesiapa, was-was, syak, melihat dalam tidur bahawa dia sedang jatuh dari tempat yang tinggi.



7)sihir yang menyebabkan seseorang jatuh sakit.



8)sihir yang menyebabkan wanita mengeluarkan darah selepas masa haid yang biasa


9)sihir yang menyebabkan seorang wanita tidak berkahwin. biasanya jin akan memasuki dalam keadaan berikut:


-sangat takut

-sangat marah

-pelupa

-terlalu mengikuti hawa nafsu


10)sihir yang menyebabkan seorang suami tidak mampu bersama isterinya

11)sihir yang menyebabkan isteri tidak memberi peluang kepada suaminya untuk bersama sekalipun si isteri mengkehendakinya


12)sihir yang menyebabkan isteri tidak berasa apa-apa ketika bersama suaminya


13)sihir yang mengahalangkan suami isteri untuk bersama kerana laluan tertutup

14)sihir yang menyebabkan isteri mengeluarkan darah ketika mahu bersama suaminya

15)sihir yang menyebabkan anak dara yang berkahwin didapati seperti janda oleh suaminya ketika bersama.



(Muhammad Yusuf Khalid. 2002. Pengaruh Syaitan, Jin dan Iblis Dalam Kehidupan Manusia.)

Selasa, 5 April 2011

Bukit Broga

wa!!!

nama cam gah...Gah sangAt ker bukit BrogA ni???

hahahah....

alhamdulillah...4/4/11 yang lepas, saya berpeluang mengikuti program JANNAH "Eksplorasi Bukit Broga 2011"

bukit broga ni terletak di Semenyih, kalau tak salah saya, Dr. SMS merakamkan gambar perkahwinan dia di atas bukit ni...




bagi pendapat saya, aktiviti pendakian ke bukit broga ni memang best dan sangat mencabar...sampai je kat atas tu, Ya Allah! tenangnya jiwa dengan udara pagi yang segar, angin yang bertiup lembut, suasana yang tenang dan menghijaukan & dapat melihat pemandangan alam atas & bawah yang menarik. rasa puas dalam diri. "Disyorkan kepada sesiapa yang sering stress untuk melakukan aktiviti ini."

namun, di sini ada juga kekurangannya..."sikit jer,hhuhuhu"

1)keselamatan kurang -tidak ada tali keselamatan..

."nak naik memang la best..bila nak turun...adoi..gayat la pulak..tempat ni memang agak curam sikit"






""nampak x jalan nak ke atas tu? curamkan bila nak turun."



2)tiada tandas-

"kalau aktiviti macam ni, memang kita selalu minum air...hauskan!!! tapi ketahui la anda apabila sudah berada di atas ...tiada tandas untuk melepaskan hajat...hahaha...tapi takpe...kita sabar.... maka turun la bawah...sampai je kat bawah....jumpa tandas...tapi kotor la...ayor pun takde..cam mana!!!!....xpe kita sabar lagi...jalan-jalan depan akhirnya jumpa la "Ladang Arnab"...comeinye dengar...tanya tuan ladang tu...boleh tumpang tandas tak? haiya!! ini bukan tandas public la..kalau you nak masuk..bayar RM5...nanti you boleh masuk tandas and round-round kat sini....adoi...tak tahan punya pasal...RM5 pun RM5 la...

hanya dua ini sahaja kekurangan yang saya dapat listkan...apa-apa pun...program ini memang best!!!!

syukran JANNAH kerana menganjurkannya.








di atas Bukit Broga




"Eksplorasi Bukit Broga 2011"


di Ladang Arnab "tapi x nak amik gambar ngan arnab, amik ngan kuda..kudaku gagah berani..heheh"


.

rakan-rakan AQSO

SIJIL DEKAN


alhamdulilah...:) semester lepas keputusan peperiksaan saya agak membanggakan. melalui keputusan ini, saya berkelayakan untuk mendapat sijil dekan...
terasa diri ini kerdil jer berbanding dengan rakan-rakan lain yang tiap-tiap semester memperolehi sijil dekan. saya bersyukur ke hadrat Illahi...
di penghujung nyawa di UKM ini, saya berjaya juga mendapatkannya...
"jazakaAllahu khairan kathiro" diucapkan kepada semua pensyarah, ibu bapa, keluarga dan rakan rakan-rakan, jasa kalian akan sentiasa saya kenang... moga menjadi insan yang lebih baik...
p/s: "menjadi bukti yang saya datang sini nak belajar"

mENANtU...




gambar-gambar yang macam perasan orang nak buat menantu....hahahha

SaKit Hati

hati saya sakit....sakit sangat...tapi x tau nak buat macam mana....saya sakit hati tengok gelagat orang yang selalu menyakiti hati saya....SAKITNYA....!!!!!



dam!!!


fuh!!!!


tolong la, wahai orang-orang yang selalu sakit hati melihat orang lain...jangan sakitkan hati anda lagi...jangan berfikiran negatif terhadap orang lain, tiada orang yang inginkan kesakitan dalam jiwanya...

lihat diri sendiri..mungkin ada kekhilafan dalam diri yang tidak kita sedari...mungkin kita ada sakitkan hati orang lain misalnya ibubapa kita...

tolong tenangkan fikiran anda...renungkan perjalanan hidup yang masih belum terarah lagi tujuannya...

bina semangat hidup..

percaya dalam diri tiada sapa yang ingin menyakiti diri dan jiwa anda..

kecuali anda sendiri yang perasan orang dengki dengan anda....


p/s: saya minta maaf banyak -banyak seandainya ada sesiapa yang sakit hati dengan saya...:)