Selasa, 15 September 2009

Kembar tanpa kepala









siam di Kunduz, Afghanistan semalam." title="KEMBAR SIAM...kakitangan hospital memeriksa pasangan kembar
siam di Kunduz, Afghanistan semalam." border="0" width="300" height="381">
KEMBAR SIAM...kakitangan hospital memeriksa pasangan kembar
siam di Kunduz, Afghanistan semalam.

KUNDUZ (Afghanistan): Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi kembar siam yang bercantum di bahagian dada dengan seorang daripadanya tanpa kepala.

Seorang daripada bayi terbabit berada dalam keadaan sihat tetapi badan, kaki dan tangan kembarnya melekat padanya.

Doktor di Hospital Kunduz, Homayoun Khamoosh, berkata kembar tanpa kepala itu hidup selama beberapa hari selepas dilahirkan Khamis lalu.

“Dia bergerak seketika, tetapi kini meninggal dunia,” katanya semalam.





Menurut Dr Homayoun, ia adalah kes pertama dikendalikan di wilayah Kundus.


untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu, katanya, pembedahan memisahkan pasangan kembar terbabit mesti dijalankan segera.

“Ia perlu dilakukan sebelum tubuh kembar yang meninggal dunia itu mula mereput,” katanya.

Ibu bayi terbabit adalah seorang wanita berusia 35 tahun dan sebelum ini melahirkan empat anak.

Bagaimanapun, wanita terbabit enggan membenarkan wajahnya dirakam jurugambar atau memberikan namanya untuk pengenalan identiti.


Ahad, 13 September 2009

WanItA, Women or .....


salam....
ari ni 13 september bersamaan 24 ramadhan....amacam...??still ok lagi..alhamdulillah...
artikel ari ni mengenai wanita...benarkah wanita itu kurang agama dan akalnya??? adakah dalil ini sohih?? adakah ini dalil al-Quran or hadith or fatwa dari ulama'?
disini saya akan cuba perjelaskan tentang perkara ini..dan mohon pandangan dan tunjuk ajar dari sahabat2 semua seandainya ade kesilapan.....

Sebelum itu, mesti semua org t'tanya-tanya ..napa saya ingin m'bicarakan tentang perkara ini..ia bermula apabila saya pergi ke satu pgram dimana ia mmbicarakan ttg filem yg berkisarkan agama iaitu filem "perempuan berkalong sorban"tujuan pgram ini diadakan adalah utk menjelaskan Islam yg terdapat pada zaman sekarang iaitu Islam liberal, Islam sekular dan Islam ortodoks....semua ini terdapt dalam filem tersebut...namun selepas menonton filem ini saya melihat ia lebih mmbicarakn ttg hak wanita didalam Islam...ia menimbulkan pelbagai persoalan antaranya ialah: mengapa perempuan tidak boleh menjadi pemimpin? adakah perempuan tidak dibenarkan bermusafir/bermukim tanpa muhrim walaupun niat untuk pergi belajar ? adakah wanita wajib mentaati perintah suaminya untuk berjimak walaupun ketika itu dia ingin bersolat atau sakit? ...
manakala reason yg kedua pula adalah dari artikel yg saya baca dr blog sister in Islam...
antara objektif penumbuhan SIS adlh utk menegak dan mmbangunkan hak2 wanita d'dlm Islam berdasarkan pengalaman dan realiti wanita sekarang, m'hapuskan diskriminasi yg m'anggap taraf wanita lebih rendah dari lelaki yang mana mrk percaya bahawa timbulnya perkara ini krn kaum lelaki shj yg telah menguasai scr eksklusif hak mentafsir al-Quran....

Justeru itu, disini saya ingin cuba m'jawab persoalan ini krn ia merupakan taggungjawab bg kita sbg mahasiswa pengajian Islam khasnya dan umat Islam amnya..

jawapan dari internet dan terjemahan hadith Sahih Bukhari:
Wanita kurang agama dan kurang akal?

KAUM wanita dikatakan kurang atau lemah akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional.

Ada sebuah hadith mengenai topik 'Kurang Agama Dan Kurang Akal' ini, di mana Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun.

Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal.

Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

Huraian

Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu.

Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Melainkan sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.

Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka.

ok la... artikel yg akan datang saya akan cuba mm'bicarakan ttg kelebihan wanita didalam Islam...

Ahad, 6 September 2009

TANGGUNGJAWAB SEORANG LELAKI

SALAM....
Kenapa saya pilih tajuk ni??
ok la! artikel yg saya lampirkan dlm blog saya ni sebenarnya dari blog org lain...saya berminat nak m'letakkannya dlm blog saya krn ia mengenai tanggungjawab lelaki keatas wanita..diharap melalui artikel ni kite sama2 dpt muhasabahkan diri m'gapa Allah ciptakan lelaki dan WANITA...wa'allahu'alam..

Mengenang kembali peristiwa di Arafah, pada tanggal 9 Dzulhijjah tahun 10 Hijrah iaitu sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, salah satu wasiat baginda yang disampaikan melalui khutbah Wida’ kepada sekalian umat Islam, iaitu agar kita mengawasi dan memelihara kaum wanita sebagai satu amanah. Tugas dan tanggungjawab ini, ditujukan khusus kepada kaum lelaki yang berperanan sebagai suami, bapa, abang atau adik dan umumnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ini dijelaskan sebagaimana petikan sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah. (R. Muslim)

Asas kejadian kaum lelaki, dikurniakan oleh Allah dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yang matang dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, pemalu dan tidak agresif. Dari mereka lebih banyak dipengaruhi emosi dan sebagainya. Maka sewajarnya kaum lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada kaum wanita.

Firman Allah:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa’”: 34)

Sebagai ketua dalam negara, pemimpin dalam masyarakat, suami kepada isteri, bapa kepada anak-anak atau sebagainya, kaum lelaki seharusnya memahami hak-hak serta tuntutan kaum wanita dan sepatutnya menjadi kewajipan bagi kaum lelaki memperjuang serta membela nasib kaum wanita apabila mereka teraniaya.
Sirah Rasulullah s.a.w telah membuktikan bahawa baginda merupakan pembela kaum wanita yang terulung. Baginda bukan sahaja membawa risalah Islam yang sempurna, bahkan baginda telah berjaya membebaskan kaum wanita dari cengkaman adat jahiliyah serta meletakkan kedudukan mereka ke suatu taraf yang begitu mulia.

Walaupun Islam telah mengangkat serta mengiktiraf kedudukan wanita, namun masih terdapat sesetengah pihak yang memandang remeh akan hal ini dan menjadikan kaum wanita mangsa diskriminasi. Pandangan kaum wanita yang menyentuh kepentingan diri mereka sendiri kadang kala tidak begitu diambil perhatian. Ini menyebabkan hak atau kepentingan mereka terhakis. setiap keputusan, dasar, peraturan atau undang-undang yang hendak diperkenalkan lebih diasaskan kepada fahaman dan kacamata lelaki tanpa memikirkan implikasi yang bakal menimpa kaum wanita. Jika keadaan ini yang berlaku, maka sudah tentu kaum wanita terus teraniaya dan mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Samada kita sedari ataupun tidak, sejak dahulu lagi terdapat segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum Hawa dengan mengeksploitasi rupa paras mereka untuk hiburan yang melalaikan dan melayan hawa nafsu semata-mata. Di samping itu juga, ada segelintir wanita yang merelakan diri mereka dieksploitasi dan menjadi bahan iklan yang mengaibkan. Keadaan ini pula akan membuka peluang lelaki-lelaki yang buas, mencemar serta meragut kehormatan seorang wanita.

Saban hari kita mendengar berita penganiayaan dan keganasan terhadap kaum wanita. Dan jika kita perhatikan juga, penganiayaan terhadap kaum wanita ini berlaku di mana-mana. Banyak kes-kes jenayah kekeluargaan yang berlaku seperti penderaan, perceraian, pengabaian nafkah dan sebagainya. Bahkan lebih menakutkan lagi, mutakhir ini, begitu banyak kes sumbang mahram yang dilaporkan yang mana kesemua mangsa sudah tentu adalah terdiri daripada wanita. Keadaan ini terjadi adalah disebabkan kaum lelaki tidak tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Hati mereka jauh daripada mengingati Allah dan tiada
kesedaran dalam memikul amanah. Jenis manusia inilah yang menjadi perosak kepada kaum wanita dan masyarakat seluruhnya.

Punca permasalahan ini berlaku adalah disebabkan oleh penganiayaan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan. Kewajipan seorang lelaki, selain memelihara dan melindungi hak-hak kaum wanita, ia juga berkewajipan membimbing kaum wanita yang lebih banyak dipengaruhi oleh emosi dan tekanan perasaan.
Sebuah hadis yang menjelaskan tentang kewajipan membimbing kaum wanita:

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya),
ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok.
(R. Muslim)

Dalam mendidik wanita, kita tidak boleh mendidik mereka dengan cara yang terlalu keras, kerana ia tidak sesuai dengan fitrah semulajadinya yang lemah lembut, kerana ini tidak akan memberi apa-apa kesan pendidikan. sebaik-baiknya, mereka ini dididik dengan cara yang hikmah, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Pendidikan dengan cara yang penuh hikmah, akan berjaya membentuk wanita-wanita yang solehah. Kita yakin bahawa wanita yang terdidik dengan ilmu di atas landasan iman dan taqwa, mereka ini akan sentiasa menjaga serta menghargai kehormatan dan hak mereka selaras dengan tuntutan Allah dan
Rasul-Nya. Kegagalan kita mendidik kaum wanita adalah punca sebenar mereka melakukan tindakan yang salah.

Kaum lelaki yang fitrah kejadiannya sebagai ketua atau pemimpin, seharusnya berperanan mendominasikan pembentukan peribadi wanita yang mulia dan terpuji, sentiasa memberi dorongan melakukan tindakan yang betul dan dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru tanggungjawab berat yang diamanahkan ini, kaum lelaki perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang secukupkan untuk menjadi contoh teladan kepada kaum wanita yang di bawah tanggungannya. Islam sekali-kali melarang keras kaum lelaki daripada menyalahgunakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini.

Bagi memenuhi tugas yang dipertanggungjawabkan, iaitu memelihara wanita sebagai amanah, samada isteri kita, anak-anak, adik-beradik, ibu atau wanita yang di bawah jagaan kita, marilah sam-sama kita menjadi pelindung dan pemelihara kaum wanita. Dan kita yakin bahawa hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang mampu memikul amanah ini. Iman yang sempurna akan mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Oleh itu, seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawabnya dalam memelihara hak, bererti tidak sempurna iman mereka.

Begitupun Islam menggariskan bahawa golongan wanita itu dipimpin oleh kaum lelaki, ini tidak bermaksud merendahkan status atau harga diri seorang wanita, bahkan sebenarnya ini adalah menepati ‘Sunnatullah’ yang kuat menjadi pelindung, dan yang lemah dilindungi. Ukuran yang menentukan tingginya martabat seseorang itu di sisi Allah ialah ukuran amal dan taqwanya sebagaimana dijelaskan firman Allah:

Maksudnya: Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya.
(Surah al-Hujarat: 13)