Jumaat, 11 Mei 2012

Bina Insan Guru (BIG)

As-Salam
alhamdulillah, pada 7 - 10 Mei 2012 yang lepas saya telah menghadiri program kursus Bina Insan Guru (BIG) bagi siri 5. Objektif diadakan Program ini adalah untuk meningkatkan potensi diri yang ada dalam diri seorang pendidik seperti berfikiran kreatif dan kritis, bersifat mulia, tolenrasi, tahan dari segi mental dan fizikal, semangat bekerjasama dan sentiasa mengikuti perkembangan dunia terkini.
berikut adalah catatan perjalanan program ini.

7 Mei @2012






Pagi
bertolak ke Rock View Agrotek, Lundu






tiba, taklimat oleh Cikgu Michael, bina khemah dan susun barang dapur. 





Petang
buat rakit

latihan "water confident" & berakit
Malam
(LDK) membuat bendera, visi, misi dan moto. " mesti related dengan profesion perguruan, misalnya kalau pilih ulat sebagai lambang bendera, so mesti kene kaitkan dengan kerjaya sebagai guru."

8 mei 2012
Pagi
senam Malaysia Cergas
jungle trekking - masak-masak dalam hutan. (masakan rimba) - mandi-manda di air terjun yang nyaman



hutan yang menyegarkan mata


as, k.dian, k.wani, anis dan k.sha


masak ke ni?
abseiling


Malam
(LDK) Pembentangan kertas kerja semalam. " macam biasa, Provokasi sentiasa diperlukan untuk meningkat kecekapan dan kepantasan berfikir, no emosional ye!"

9 Mei 2012
Pagi 
Senam Malaysia Cergas


menuju ke laut untuk aktiviti berakit - berakit with my partner-setelah sampai ke tengah, terjun dan berenang "fuh!! sangat2 best"-sampai di pantai  masak-masak-dah kenyang-lepak sambil bincang tentang persembahan malam kebudayaan


Pertandingan membuat  istana pasir - buat istana penyu ( Comel je istananya, Just imagine kalaulah betul2 ada istana macam tu dengan warna hijau, cantik siyes!!) -



 balik semula - setelah penat mendayung, apabila  tiba sahaja di tempat berkumpul, rakitku di  terbalikkan...siyes nak marah sangat-sangat, sabar je la. ambil tindakan mendiamkan diri untuk menghilangkan kemarahan)

Malam
Malam kebudayaan- buat persembahan Dikir Barat- intronye lebih kurang macam ini " Assalamualaikum..erk!!tu je yang ingat" - the sweet memories " surprise birthday untuk kawan-kawan yang lahir bulan mei"

10 Mei
pagi 
Senam Malaysia Cergas
Majlis Penutup-penyampai hadiah-sesi bergambar-





kemas barang - naik bas - sampai hentian bas Lundu - naik kereta sapu - sampai rumah

P/S: kalau orang tanya best x BIG ni, saya akan cakap " kalau berpeluang saya nak pergi sekali lagi..!!)






Khamis, 26 April 2012

Kad Hari Guru

As-Salam
Kad Hari Guru For Me...




"Selamat Hari Guru"


*terima kasih ustazah anis kerana sudah mendidik kami semua takkan saya lupakan jasa ustazah tak saya lupakan semoga ustazah panjang umur dan sihat selalu.* Hak Cipta Terpelihara. Tidak diubah barang  sepatah perkataan pun.

walaupun simple..tapi bermakna:) 16 Mei 

p/s: hamba jarang masuk kelas pelajar ni:)

Rabu, 25 April 2012

Kem Bestari Solat

As-Salam
Hari sabtu lepas 21/4/12 sempena hari persekolahan ganti untuk cuti raya Aidiladha, guru2 J-QAF dan GPI telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk pelajar tahap 2 iaitu bagi tahun 4,5, & 6. Objektif diadakan Kem ini adalah untuk memastikan kesemua pelajar Islam di SK Sematan mengetahui dan memahami kepentingan solat dalam kehidupan selain pelajar mampu melaksanakan 13 rukun solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan.


AJK Pendaftaran. (k.asma', aniswanienur & k.Nor)


Taklimat pertama oleh Ustaz Jefri (Penyelia J-QAF)


Sesi Bertayamum "Tepung" dari kumpulan ustzh Anis

"hah!! x ngapal2 lg ker bacaan solat!..cepat salin & tasmi' dkt saya lepas siap" kata ustzh Anis


sempat peace lagi tu...doa selepas iqamat tu betul ke bacaannya??

Penyampaian cenderahati untuk penceramah jemputan Cik Aina Mardiah  bt Amir, anak GB." sungguh matured walaupun baru berusia 20 tahun"


Alhamdulilah..:).dapat mengaplikasikan pembelajaran dengan segera pada waktu solat zohor.



Jumaat, 6 April 2012

Ya Ustazah...



Jadi Guru Sit-In untuk subjek Matematik..

Salam.
pertemuan kembali di halaman coretan kisah perjalanan hidup yang semakin hari semakin mencabar diriku untuk menjadi lebih matang dan berdedikasi dalam semua lapangan yang diaturkan.
Assalammualaikum....Ya Ustazah!!! gelaran yang baru beberapa bulan aku cabuti kini ianya kembali melekat ke dalam diriku...tidak perlu berlari jauh atau mencari ruangan yang lain ia tetap akan mengejarku...terimalah kenyataan dirimu seorang Ustazah. Ustazah yang jika disemak di dalam tulisan kamus membawa maksud seseorang yang mengajar ilmu agama.
ya aku sekarang seorang ustazah di SK Sematan, daerah Lundu, Sarawak. masih di bawah title "guru pelatih" masih mencari ilmu teori dan pratikal dalam mendalami tugas sebagai ustazah.
Aku mengajar untuk matapelajaran "Pendidikan Islam".
sebenarnya J-QAF ini diwujudkan adalah untuk membantu guru Pendidikan Islam yang sedia ada untuk mengajar murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran pendidikan Islam khususnya Al-Quran dan penulisan Jawi. Dalam erti kata lain "murid-murid yang berada dalam kelas pemulihan. jadi kerja sebagai guru J-QAF ini tidaklah seberat kerja guru matapelajaran yang lain terutamanya guru-guru UPSR yang mana ujian penilaian ini menjadi kayu pengukur kejayaan akademik bagi sesebuah sekolah itu.
walaubagaimanapun, ketahuilah bahawa tanggunggajawab ini sebenarnya lebih berat dari segala-galanya kerana ianya adalah besi pengukur kecemerlangan seseorang di dunia dan juga di akhirat.terima kasih dan jutaan penghargaan diberikan kepada Perdana Menteri sebelum Yb.Najib yang telah mencetuskan idea penubuhan J-QAF ini.(Pak lah)
Kisah di bumi Kenyalang ini.
Sejujurnya aku belum lagi berkesempatan untuk memijak bandar yang mempunyai empat ekor patung kucing yang comel itu lagi. bukan kerana tidak menginginkannya namun disebabkan faktor kewangan dan status aku sebagai "pelajar & pekerja" di sini membuatkan aku berasakan tidak mengapalah...bersabarlah...nanti insyaAllah, bukan sekadar memijak untuk berjalan tetapi berlari-lari juga..hanya di Satok & Lundu sahaja aku sempat berjalan dan bershopping selain pekan sematan yang boleh dikatakan hari-hari aku bershopping dan window shopping selalunya..
inilah kisah dua bulan di bumi sarawak ini...InsyaAllah akan menyusul kelak yang lain...


cantik bakul makanan tu kan!!di Semenanjung kita biasanya buat bakul mandi..nanti nak bawak baldi la..nak letak bekas makanan hehehehe cikgu mesti lebih dari anak murid kan...



malu ler tu..kui..kui..kui...

em...nak posing gaya lentok cam ella lak...

P/S : adakah anda mengalami masalah "homesick"? soalan yang biasa ditanya GB kepada guru muda dari semenanjung...