Jumaat, 6 April 2012

Ya Ustazah...



Jadi Guru Sit-In untuk subjek Matematik..

Salam.
pertemuan kembali di halaman coretan kisah perjalanan hidup yang semakin hari semakin mencabar diriku untuk menjadi lebih matang dan berdedikasi dalam semua lapangan yang diaturkan.
Assalammualaikum....Ya Ustazah!!! gelaran yang baru beberapa bulan aku cabuti kini ianya kembali melekat ke dalam diriku...tidak perlu berlari jauh atau mencari ruangan yang lain ia tetap akan mengejarku...terimalah kenyataan dirimu seorang Ustazah. Ustazah yang jika disemak di dalam tulisan kamus membawa maksud seseorang yang mengajar ilmu agama.
ya aku sekarang seorang ustazah di SK Sematan, daerah Lundu, Sarawak. masih di bawah title "guru pelatih" masih mencari ilmu teori dan pratikal dalam mendalami tugas sebagai ustazah.
Aku mengajar untuk matapelajaran "Pendidikan Islam".
sebenarnya J-QAF ini diwujudkan adalah untuk membantu guru Pendidikan Islam yang sedia ada untuk mengajar murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran pendidikan Islam khususnya Al-Quran dan penulisan Jawi. Dalam erti kata lain "murid-murid yang berada dalam kelas pemulihan. jadi kerja sebagai guru J-QAF ini tidaklah seberat kerja guru matapelajaran yang lain terutamanya guru-guru UPSR yang mana ujian penilaian ini menjadi kayu pengukur kejayaan akademik bagi sesebuah sekolah itu.
walaubagaimanapun, ketahuilah bahawa tanggunggajawab ini sebenarnya lebih berat dari segala-galanya kerana ianya adalah besi pengukur kecemerlangan seseorang di dunia dan juga di akhirat.terima kasih dan jutaan penghargaan diberikan kepada Perdana Menteri sebelum Yb.Najib yang telah mencetuskan idea penubuhan J-QAF ini.(Pak lah)
Kisah di bumi Kenyalang ini.
Sejujurnya aku belum lagi berkesempatan untuk memijak bandar yang mempunyai empat ekor patung kucing yang comel itu lagi. bukan kerana tidak menginginkannya namun disebabkan faktor kewangan dan status aku sebagai "pelajar & pekerja" di sini membuatkan aku berasakan tidak mengapalah...bersabarlah...nanti insyaAllah, bukan sekadar memijak untuk berjalan tetapi berlari-lari juga..hanya di Satok & Lundu sahaja aku sempat berjalan dan bershopping selain pekan sematan yang boleh dikatakan hari-hari aku bershopping dan window shopping selalunya..
inilah kisah dua bulan di bumi sarawak ini...InsyaAllah akan menyusul kelak yang lain...


cantik bakul makanan tu kan!!di Semenanjung kita biasanya buat bakul mandi..nanti nak bawak baldi la..nak letak bekas makanan hehehehe cikgu mesti lebih dari anak murid kan...



malu ler tu..kui..kui..kui...

em...nak posing gaya lentok cam ella lak...

P/S : adakah anda mengalami masalah "homesick"? soalan yang biasa ditanya GB kepada guru muda dari semenanjung...

Tiada ulasan: