Ahad, 11 Disember 2011

kerjaya




salam penghujung tahun 2011....
kisah mengenai kerjaya kembali menjadi coretan untuk kali ini. setelah tamat pengajian, saya bertekad dalam diri ingin berkerja. pada asalnya memang tak kisah, asalkan ada offer kerja saya akan sambar. tapi setelah melalui pengalaman yang tidak menceriakan saya perlu berhati-hati untuk menerima kerja yang ditawarkan.
alhamdulilah, akhir bulan 11 saya menerima panggilan dari JAKIM untuk berkerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH). kontrak perkerjaan ini selama 3 bulan. tugas di sini tiada bezanya dengan tugasan yang saya pernah lakukan semasa latihan pratikal di ILIM. tugasannya lebih kepada membantu para pekerja untuk menyiapkan kerja mereka.
apa perbezaan kerja di sini dengan kerja saya sebelum ini?
banyak bezanya walaupun ianya seakan ada perkaitan di antara keduanya iaitu "membantu"



Membantu di JAKIM



-menyusun kertas-kertas kerja dalam fail
-menghantar memo
-menyalin borang-borang terdahulu
-menyambut panggilan telefon
-mencetak cop pengesahan
-membuat "pen merah dan pen biru"
-waktu kerja=8.00am-5.00pm



Membantu di TADIKA & TASKA



-Menyambut pelajar ketika datang
-membancuh air
-memandikan pelajar
-mengajar
-menghidangkan makanan
-mencuci pinggan dan tempat makan
-menolong membasuh jika kencing @ berak
-bermain
-bercerita
-melayan karenah mereka
-belajar silibus baru dalam pengajaran terkini (buku "Bacalah anakku" belajar menggunakan kaedah fonik)
mengajar mengaji (iqra' dan al-Quran)
-waktu kerja =6.30 am-10.00pm
inilah serba sedikit perbezaan di antara kerja di sini dan kerja di sana.



PENGALAMAN YANG PELBAGAI MENGINDAHKAN LAGI PERJALANAN HIDUP



p/s: minggu ini saya ada interview KPLI j-qaf. moga ianya menjadi satu titik perjalanan kepada kerjaya tetap saya. amin