Jumaat, 30 September 2011

COUPLE HALAL

SALAM


persoalan yang sering bermain di fikiran remaja Islam iaitu mengenai hubungan cinta lelaki bersama perempuan atau "couple" dibenarkan oleh syarak atau tidak? kalau tidak boleh macam mana nak dapat jodoh?Di era wawasan 2020 kini, jodoh yang diaturkan oleh keluarga kian berkurangan. ramai ibu bapa sekarang yang membenarkan anak-anaknya untuk mencari jodoh sendiri. namun bagaimana cara hendak dapatkan jodoh sendiri tanpa melanggar hukum syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt.



firman Allah swt dalam surah Isra' ayat 32 bermaksud:



" dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan terkeji dan suatu jalan yang buruk"

Di sini saya ada sedikit jawapan bagi persoalan di atas yang dipetik dari Majalah Wanita, tulisan Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj.
"couple menurut kamus elektronik besta bermaksud dua orang atau benda yang dilihat atau dikaitkan bersama, terutama sekali lelaki bersama wanita. KEHARUSAN bercouple itu boleh berlaku setelah 5 faktor cinta diutamakan terlebih dahulu iaitu:



1-cinta kepada Allah


2-cinta kepada Nabi


3-cinta kepada ibu bapa


4-cinta kepada guru


5-cinta kepada diri sendiri



setelah kelima-lima cinta ini disematkan dalam jiwa, barulah yang seterusnya boleh diberikan kepada yang sesiapa yang ingin dicintainya. cinta yang dibina menjadi mukadimah untuk mengenali dan dikenali, rasa minat, rasa perhatian dan memberi kasih sayang yang didasarkan kepada hasrat untuk mencari jodoh.
bercinta bukanlah satu dosa bahkan menjadi pahala seandainya dilaksanakan dalam kepatuhan pada syariat dan adat. ianya menjadi buruk apabila dilaksanakan untuk tuntutan nafsu yang tidak terkawal dan merealisasikan hasutan syaitan.


Hadith saw bermaksud:

"tanda cintakan Allah swt ialah mengingati Allah swt (zikir) dan tanda Allah swt murka kepada hambanya ialah apabila seseorang itu tidak suka mengingati Allah swt." (Baihaqi)


begitulah serba -sedikit jawapan yang boleh dikongsikan. saya berpendapat jawapan ini boleh mengurangkan sedikit kebimbangan yang wujud dalam diri seseorang itu apabila ianya berada dalam situasi inginkan percintaan namun berlandaskan syarak.



Teori Perhubungan


cinta + kasih sayang = sebelum kahwin


kasih + kasihan + tanggungjawab=selepas kahwin




masih mencari........

3 ulasan:

Ana Delisha berkata...

ala nis...statement okey dah. tapi gmbar tak best T___T hehe,

niway..sempat g pomot hang tgah mencari ea LOL

anis berkata...

masih mencari tu bukan tuk ak, tapi tuk pelakon tu....jgn salah faham ye!!!

anis berkata...

hehehehe