Ahad, 2 April 2017

trip ke bandung 2017 (1)

Salam
alhamdulillah.. masih diberikan rezeki hidup di dunia ini..sudah masuk 2017 tahun ini dan umur pun sudah bertambah ke 29 tahun. Catatan memori kadang-kadang perlu ditulis bagi menghargai keindahan yang diberi. Trip ke bandung menjadi tajuk kali ini. ok..jom start..
 Percutian ini bermula dengan ajakkan Imah yang mengajak kami bercuti bersama trip kawan-kawan sekolah kakaknya. Saya dan k. aisyah bersetuju sahaja memandangkan yang kami memang suka berjalan dan ada passport. tu yang penting.. ok..setelah bersetuju maka nama pun di daftarkan. masuk bulan ke 2, k.aisyah tidak jadi pergi kerana rasa serba salah syok sendiri tanpa keluarga. tak mengapa kami faham. kami pun rasa jugak..hehe.. Maka, bayaran deposit sebanyak RM 500 dibayar. + RM377=RM877 (full)




Penerbangan pergi kami dari KL- JAKARTA pada 20 Mac 2017 pukul 1.55 petang. Hahaha .. saya yang konon-konon berpengalaman turun naik flight ni bertolak dari rumah pukul 11.00. Rawang-KLIA2 dalam 1 jam setengah je so kalau keluar lambat pun takpe kan!! lagipun ko takde bagasi pun..sekali kau...padan muka..dah menyusahkan orang lain. dah pergi in group so ko ambil bagasi atau tak ko kena daftar sama. nasib baik pihak airasia lepaskan dorang daftar tanpa saya. fuh..tu 1..lagi 1 yang tak sangka airport international ni banyak check in la. rasa-rasa dekat 3@ 4 kali sampai akhirnya ko naik kapal terbang dengan tenang. Alhamdulillah...

Kami tiba di aiport Soekarno Hatta pada pukul 2.45 waktu indonesia (3.45 Malaysia) dengan selamat. Aiportnya nampak kecil namun lengkap. Tidak ramai sangat orang waktu ketibaan kami. Dalam pukul 4.30 atau lebih setelah semua urusan selesai kami tunggu di luar airport untuk menunggu pemandu yang telah ditempah untuk percutian ini. 2 orang pemandu yang ada ini  juga merangkap pemandu pelancong  kami. perjalanan kami diteruskan ke Bandung yang mengambil masa kira-kira 3 jam. sori.. bukan 3 Jam tapi 6 jam sebab jem yang sangat-sangat lama macam nak balik raya. hahaha..Jakarta ini sepertinya Kuala Lumpur. betul kata dzawin (MLM2017) kalau KL orang kata jem di Jakarta lagi 2 kali ganda jemnya. Maka berzikirlah sepanjang jalan itu..hahaha
sebelum sampai di Bandung, Kami berhenti makan dulu di RNR bukan rehat dan rawat tapi rest area untuk makan dan solat. Lupa nak bagitahu yang saya dah tukar duit sebanyak 2 juta ..banyaknya...hahaha (RM680)


Saya makan ayam penyet 35000 rupiah mbak!


Ni menu yang ada. rasa-rasa yang pernah makan tu boleh la order kalau tak tau tak payah la nak try-try maybe next time.

Akhirnya kami tiba di hotel dalam pukul 9 lebih rasanya. alhamdulillah. semuanya dipermudahkan masa hari pertama. 

Bahagian dalam hotel.

Kaunter pendaftaran. ala-ala library Harry Potter..

ok,,,sambung nanti untuk hari kedua.