Khamis, 29 Januari 2015

Anugerah Allah

salam..
permulaan persekolahan yang agak sibuk dengan alasan kekurangan guru. Boleh diterimakan??..orang kalau rajin kerja untuk 10 orang pun dia boleh buat tanpa banyak bunyi. tak macam saya..banyak sangat bunyi.. hehehehe
.ok lah..hari ni nak cerita pasal anak murid saya yang agak special sikit, bagi saya la..apa yang specialnya?? ok..check downlist di bawah:
1) mula -mula masuk..budak-budak ni akan buat tak tahu je, sibuk buat hal masing-masing dengan berlari kesana -sini bergaduh dan sbgnya.
2)sakit kepala mula terasa, terus naikkan suara dan meminta murid berdiri, bagi salam dan baca doa. waktu ni jangan harap la yang mereka akan terus buat. kene bergerak ke belakang dan arahkan semua ke depan, berdiri dan tadah tangan. baca doa. huhuhu ..lepas step pertama.
3)start mengajar. kadang-kadang kita ni punya la fikir macam-macam kaedah dan teknik yang dapat menarik perhatian murid. tapi x jadi jugak sebab budak-budak ni aktif dia lain macam. mulut tu tak reti-reti nak tutup bercakap je.
4) usik-usik kawan..last-last bergaduh.
5) aku rase malas nak cerita..sebab macam sama je dengan pengalaman cikgu-cikgu yang lain. korang taip je pengalaman mengajar, pening melayan karenah budak & blah-blah..
walaupun kerja guru ni boleh menyebabkan aku stress tapi  bila tengok muka diorang suka dan gembira di sekolah, rasa seronok la pulak. sekolah kan tempat yang selalu di kenang-kenang kita bila dah tua ni. so, ibubapa di luar sana biar la anak-anak anda rasai semua pengalaman yang ada di sekolah sama ada suka atau sakit. kerana semuanya dapat mendidik kita menjadi manusia yang berguna di kemudian hari.
ok, di sini aku selitkan gambar anak-anak murid aku yang comel ni.








Khamis, 8 Januari 2015

TAHUN 2015

ALLHAMDULILLAH.....
Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kesihatan yang baik kepada saya yang telah menginjak pada umur 27 tahun pada tahun ini. walaupun sudah setahun tidak menulis\menaip dalam blog ini, kisah dan perjalanan hidup saya masih sama. Saya berkerja sebagai guru j-QAF di SK Sematan, Sarawak. baru 9 hari masuk tahun baru, belum ada apa-apa cerita lagi melainkan makan, tidur dan tengok tv. Sesi persekolahan ditangguhkan seminggu dan saya masih berterusan mood malas.
ok lah, saya cuba ingat semula kisah perjalanan pada tahun 2014.

                                                              AWAL TAHUN
                                                                pindah semula

Saya sebelum ini ditempat di SK Sebat ketika menjawat jawatan Guru Interim (Guru Sementara). tidak lama 3 bulan sahaja, namun gelodak perasaan ni lain macam ketika berada di sana. padahal kawan-kawan yang lain ditempatkan di sekolah yang lain juga. walaupun tidak jauh, namun perbezaan sosio-budaya di sana (ayat skema sgt!!) yang agak akrab hubungan di antara guru-guru membuatkan saya tidak duduk senang@ senang duduk??. payah sungguh nak sesuaikan diri bagi orang yang jenis sombong dan pendiam ni. Walaubagaimanapun, lama-lama ok la. Bila sudah hadam dan serasi saya ditempatkan semula ke SK Sematan. em...jodoh kuat dekat sini ye..takpe kita tengok berapa tahun kat sini...





                                                               PERTENGAHAN TAHUN
                                                      Guru pengiring pertandingan ke Sibu



hehehehe...ni kira kenangan manis jugak la tahun 2014. Memang dah lama berhajat nak pusing-pusing sarawak yang luas ni. tapi apakan daya, hamba seorang perempuan yang tidak mempunyai muhrimnya di sini..hahahaha..kesempatan yang diberikan segera disambut kala tidak mempunyai apa-apa kerja yang menuntut keberadaan kita di situ. hubungan yang terbina bersama murid juga semakin akrab. saya sebenarnya suka geng dengan budak-budak. asalkan tak naik kepala sudah la. tapi kerjaya sebagai guru menghadkan kita daripada terlalu rapat dengan murid. takut terpilih kasih pulak dengan mereka. banyak perbezaan antara sini dan semenanjung. walaupun saya selalu naik bas dari UKM ke Jitra yang mengambil masa 7-8jam perjalanan, tapi jalan di sana lancaaaaar dan relaks je sampai tidur 10x round pun takpe. tapi perjalanan ke sibu yang mengambil masa yang sama menyebabkan kepala saya berpusing-pusing (ninonino!!) n nak termuntah sebab jalan gedebak-gedebuk..hehehehe..jangan marah...ni pengalaman saya..hehehe


                                                            AKHIR TAHUN
                                                 bercuti bersama keluarga tanpa yop (manau)


kali kedua ke langkawi. best sangat2. walaupun tak pergi mana pun.hehehe..sebab ni percutian yang paling lama 4 hari 3 malam. kami bertolak dari rawang pukul 2 pagi hari khamis malam jumaat. singgah di kuala kangsar amik jantan teruskan perjalanan. sampai kuala perlis pukul 7.30 pagi hari jumaat. first time beli tiket naik feri dalam keadaan ramai orang dan tiket pagi dah habis. sampai kaunter tanya paling awal pukul berapa?11.30. ok set. 6 tiket. sementara nak tunggu tu, kami pergi sarapan dulu. lepak-lepak dalam kereta sambil cuba nak tidur sebab semalaman tak tidur. pukul 11 gerak ke jeti. alhamdulillah, perjalanan ok. sampai sana terus check in my hotel langkawi. lepak-lepak dan tidur. sejuk giler aircond dan tak boleh tidur. nasib baik hotel ni ada astro warna. layan lawak2 yang ada la. malam pi makan n jalan-jalan kat situ,esok nya pagi tak buat apa. tidur sahaja. ayah pegi kursus. lupa nak cakap, ayah sebenarnya ada kursus kat langkawi tu sebab boleh terpergi langkawi..hehehe. dalam pukul 2 lebih gerak nak pergi underwater world. dah lama nak pergi tengok pingu (nok2 < nak mamam..hehehe )penguin. baru kali ni dapat, alhamdulillah! masa kat situ ada pulak tempat tuk orang bergambar dengan ular, so cabar diri boleh pegang ular tak sebab saya geli n tak boleh pegang binatang berbulu. rase pegang ular cam mana yerk??em..boleh la..kulit dia keras tapi macam lembik-lembik bila di picit-picit.. ala, macam pegang handbag kulit ular penuh duit dalamnya..hahahaha..hari kedua..eh silap hari ketiga naik cable car. tapi ada kejadian yang menakutkan berlaku dan meninggalkan parut di dahiku dan juga parut ingatan kami sekeluarga. alhamdulillah, masih diberi rahmat dari Allah  bukan rezeki gamaknya tak dapat naik. hari terakhir, shopping!!. tak beli mendapun coklat..coklat..coklat..dan coklat..makan la coklat banyak2 sebab dah beli..hehehehe..bagila kat kawan-kawan sikit kan!!hehehe..
ok lah..saya akan meneruskan penulisan di blog untuk masa akan datang. insyaallah:)