Khamis, 29 Januari 2015

Anugerah Allah

salam..
permulaan persekolahan yang agak sibuk dengan alasan kekurangan guru. Boleh diterimakan??..orang kalau rajin kerja untuk 10 orang pun dia boleh buat tanpa banyak bunyi. tak macam saya..banyak sangat bunyi.. hehehehe
.ok lah..hari ni nak cerita pasal anak murid saya yang agak special sikit, bagi saya la..apa yang specialnya?? ok..check downlist di bawah:
1) mula -mula masuk..budak-budak ni akan buat tak tahu je, sibuk buat hal masing-masing dengan berlari kesana -sini bergaduh dan sbgnya.
2)sakit kepala mula terasa, terus naikkan suara dan meminta murid berdiri, bagi salam dan baca doa. waktu ni jangan harap la yang mereka akan terus buat. kene bergerak ke belakang dan arahkan semua ke depan, berdiri dan tadah tangan. baca doa. huhuhu ..lepas step pertama.
3)start mengajar. kadang-kadang kita ni punya la fikir macam-macam kaedah dan teknik yang dapat menarik perhatian murid. tapi x jadi jugak sebab budak-budak ni aktif dia lain macam. mulut tu tak reti-reti nak tutup bercakap je.
4) usik-usik kawan..last-last bergaduh.
5) aku rase malas nak cerita..sebab macam sama je dengan pengalaman cikgu-cikgu yang lain. korang taip je pengalaman mengajar, pening melayan karenah budak & blah-blah..
walaupun kerja guru ni boleh menyebabkan aku stress tapi  bila tengok muka diorang suka dan gembira di sekolah, rasa seronok la pulak. sekolah kan tempat yang selalu di kenang-kenang kita bila dah tua ni. so, ibubapa di luar sana biar la anak-anak anda rasai semua pengalaman yang ada di sekolah sama ada suka atau sakit. kerana semuanya dapat mendidik kita menjadi manusia yang berguna di kemudian hari.
ok, di sini aku selitkan gambar anak-anak murid aku yang comel ni.








Tiada ulasan: