Sabtu, 27 Jun 2015

#Syukur Selalu

As-salam..
post yang ketiga untuk tahun 2015. Jari ni makin hari makin lambat menaip sebab dah takde assignment macam zaman belajar dulu. #Syukur Selalu menjadi tagline TV3. alhamdulillah, kalimah yang sememangnya patut ada dalam diri setiap insan yang masih hidup di dunia ini.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku sentiasa memikirkan tentang kebesaran Allah Taála. Ketika solat terawih kita seringkali terleka dan tergelincir hingga terlalu memikirkan tentang dunia. Ya dunia. Terlalu memikirkan tentang bebanan kerja, ketidakpuasan hati terhadap pelbagai perkara, mengingati perkara-perkara lepas dan sebagainya. Cuba untuk khusyuk namun terleka jua. Sewaktu inilah teringat saya dengan pesanan Ustaz\ustazah bagaimana mahu khusyuk ketika solat.
Ada 2 cara:
1) Solatlah seakan-akan Allah melihat kamu dan kamu berhadapan dengan Tuhan yang Maha Kuasa.
2) Memikir dan memuji kebesaran Allah.

Allahuakhbar..Allahuakhbar...Allahuakhbar..

Setiap manusia ada harapan dan juga impian yang ingin diperolehi. namun tidak semuanya dapat. Redha itu penting. Sangat penting bagi kita untuk menguatkan emosi dalaman kita. Saya suka membaca kisah orang dan menonton drama. Rata-ratanya mempunyai masalah tersendiri. Cuma bagaimana seseorang itu berhadapan dan menyelesaikan masalah, itu saya tidak tahu. Apa yang saya tahu kebanyakkannya antara mereka ini tidak pandai bersyukur dan tamak.
kurniaan Allah itu perlu disyukuri dan dihargai. Kesihatan, kekayaan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya antara kurniaan Allah. Tetapi manusia selalunya tamak. semuanya hendak lebih. Saya selalu berfikir tentang kesederhanaan. Orang yang hidup dalam kesederhanaan ini biasanya selamat. selamat dalam semua perkara. Namun ibarat kata orang "takde cabaran hidup". Tidak mengapalah, itu memang rezeki dia. Bagi yang inginkan cabaran, bersedialah untuk tumbang dan bangun secara tiba-tiba. Jangan merungut @ menyalahkan sesiapa. Ini hidup anda. Anda yang bina sendiri. Tanamkan dalam diri bahawa apa yang berlaku semuanya qada'dan qadar dari Ilahi.
 Ingat Rukun Iman.
Beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada hari kiamat dan terakhir beriman kepada Qada'dan Qadar. Perkara ini bukan sekadar untuk  di hafal semasa sekolah rendah sahaja tetapi perlu dikaji, di fahami dan diyakini. hidup dan mati kita untuk Islam.
itu sahaja luahan yang ingin diluahkan.

#Syukur Selalu



p\s: syukur dikurniakan insan-insan yang terbaik di sini:)

Tiada ulasan: