Ahad, 30 Ogos 2009

tiba di UKM........















salam
ari ni saya nak story ttg "tiba di UKM"...klu x salah la tarikh p'daftaran 29 jun 2008...masa ni muka cuak lg..ye la dalam kepala ni fikir macam2.."layak ker aku ni belajar kat sini...mcm mana study kat sini...boleh ke ak hidup kat sini...suasana kat sni mcm mane."...ye la wlupun ni bkn first time saya dok asrama..tp suasana kat UKM ni lain skit..kene bnyk berdikari dan saya juga tau culture kat UKM ni berbeza dari tmpt yg saya belajar dulu...
before saya dapat tawaran belajar kat sini saya dpt tawaran belajaq kat KUIN ( Kolej Universiti INSANIAH, Kedah) tapi saya biarkan & sanggup tunggu tawaran dari U....tapi waktu tu dlm hati ni risau gak!! mcm mane klu x dpt tawaran U..kan ibarat yg dikejar x dpt yg dikendong berciciran...huhuhh
tapi alhamdulilah..smggu lpas tu permohonan UPU kuar!! dpt la tawaran belajaq kat UKM...dlm bidang pengajian Al-Quran & al-Sunnah (FPI)
mase mula2 tu dlm hati ni mmg la seronok.."dpt gak ak belajaq kat U" tapi abis jer mggu orientasi or mggu mesra pelajar (MMP) saya rase nak pindah plak!! heheee... "ini bkan sekolah yg aku boleh masuk pindah sesuka hati"
mase tu siap call ayah lg and citer la yg saya xnak ngaji kat sini dah..(mcm budak2 padahal umur dah masuk 20) so ayah pun bg la nasihat apa yg saya lalui sekarg ni merupakan realiti kehidupan..nak x nak kite kene hadapinya..dekat sinilah kite sebenarnya diuji and tarbiyah/ didikan yg kita dpt waktu kat sek dulu sama ada nak dipraktikkan/diamalkan or dipertahankan saje or kite nak mgikut arus yg ade didepan mata ...so terpulang pada diri sendiri....
sebenarnya bkan saya x suka belajar kat sni tapi biase la kita yg selama ni dr background pndidikan agama sure akan terkena culture shock...so disini saya minta la teman2 lain yg ade pengalaman yg sama or ingin mmberi pendapat boleh bg comment or tulis kat chat sebelah...
ok la tu kisah waktu start belajaq kat sini...semua org pun saya rase ade pengalaman tersendiri..apa2 pun hidup diteruskan dan kite sebagai hamba-Nya haruslah memperbaiki diri dan meningkatkan tahap keimanan dari semasa ke semasa...................



Khamis, 27 Ogos 2009

RESUME


SALAM
28 OGOS 2009....masuk ari ni dah 7 hari umat Islam berpuasa....alhamdulilah....semoga tahun ni amalan dibulan ramadhan kita ditrima Allah.....insyallah....
ok la..berkenaan dengan LAI @latihan amali industri ...saya dan fiza sepakat memilih ILIM sbg tempat latihan praktikal kami...tempat ni x jauh..dekat bangi jer...
kenapa saya pilih ILIM?? coz saya ade 4 reason:

1) latihan tu akan bermula sms cuti sem yg ke-2..iaitu pada bulan 5, 2010..so pd masa tu family saya maybe dah berpindah ke Pahang...tu sbb napa saya x pilih nak wat kat kedah

2)faktor mmber...fiza and miza (1 jab ngan saya) pun pilih kat ILIM..ini dapt memudahkan saya spjang latihan dijalankan

3)Faktor kawasan..area bangi ..

4) sesuai ngan kos yg saya sedang belajar skrg...(al-Quran dan as-Sunnah)

itulah antr sebab nape sy pilih ILIM sbg tempat praktikal saya.....disini saya letakkan juga resume yg telah saya antar semalam kat JAKIM... doa2kan kami semua dpt praktikal kat ILIM tau!!!!

Jumaat, 21 Ogos 2009

IDI AMIN



who's that????

SALAM.
.....
ari ni ari pertama puasa...22 ogos2009..penat sikit la...semalam tido kul 4.30 am coz nak siapkan lukisan batik..tp sia2 jer la..dah la x cantik..bangun lewat la ari ni...bkn nak ponteng kelas tp dah t'tido..mcm mana nak wat!!! so....bangun jer tadi terus smbung wat laporan konsert DiRaja...dah lama keje ni kene wat tp skrg baru nak wat...
ok la...ari ni sy letak poster brkenaan Idi Amin.. (assgment U2 Kepimpinan dan interpersonal yg dibentangkan pada 19 ogos 2009) sape dia???
disini saya tulis bbrp maklumat berkaitan dengan beliau..
-Jeneral Idi Amin Dada Oumen
-merupakan presiden bagi negara uganda & diktator tentera
-mempunyai 4@5 orang isteri
-beragama islam
-meninggal pada tahun 2003
-kelebihan: membawa Uganda ke peringkat international
- berjiwa rakyat
- mmberi "kemerdekaan" yg sebenar kpd rakyat Uganda
kekurangan: mmpunyai nilai moral negatif
- tahap pendidikan yg rendah
- bersikap terburu-buru
David martin dlm bukunya mengatakan " Amin itu m'rupakan seorg prajurit yg disukai oleh pegawai Inggeris krn beliau bertubuh besar & x ada p'didikan.. m'nurut teori mrk org yg seperti ini lebih taat pada pihak atasan & lebih berani di medan pertempuran....

kata2 Idi Amin: "in any country there must be people who have to die, they are sacrifices any
nation has to make to achieve law and order"


p/s: sila la beri respon pada artikel ini yerk!!

Ahad, 16 Ogos 2009

jungle tracking

group 2..hebat!!
k.akma & anis
peace!!nak pi mane ni?

salam....
bersua lagi...cantik x blog sy?? dari tghari smpai la skrg dok wat keje ni jer!!pagi tadi ade taklimat mengenai latihan ilmiah yg akan bermula pada cuti sem yg ke-2 (tahun 2010)...so..disini sy minta la sape2 yg ade cadangan or idea tmpat yg patut sy pilih tuk praktikal nnti..mane la tahu dgn idea yg diberi nnti sy dpt tempat yg terbaik wlupun sy bukanlah yg terbaik....so sy minta jasa baik korang la yerk!!! klu nak tau saya amik kos ape boleh la rujuk profile or ask me .....
ok la!!kali ni sy ade lampirkan bbrp keping pic yg diambil waktu program "kem pemantapan akidah"kbnykannya pic dr xtvt jungle tracking so sy letakkannya sbg tajuk...
.

Rabu, 12 Ogos 2009

isu penggunaan kalimah Allah


Salam.........
ari ni saya nak mmperkatakan tentang isu penggunaan kalimah Allah ...before tu, sy nak citer la skit...7-9 ogos yg lepas, saya telah menyertai program "kem Pemantapan Akidah"...secara jujurnya...sy sebelum ni jarang mengikuti pogram sama ada anjuran fakulti @kolej..oleh itu, x hairanlah ada sesetgh fasi dlm pogram tu ingt yg sy ni first year...hu..huhh.
sebenarnya bnyk ilmu dan juga pengetahuan yg saya dpat melalui program ni...terutamanya dr sudut akidah..yg mane ade sstengah persoalan yg bermain dlm minda sy selama ini terjawab dgn sendirinya...misalnya tntg aliran akidah yg sebnar berada disisi Islam ialah akidah ahli sunnah wal-jamaah, ancaman kristianisasi,&perbezaan antr iman dan akidah.....
disini sy letakkan artikel dari IKIM..berkisarkan isu p'ggunaan kalimah Allah..

Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama.

Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?

Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.

Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek.

Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul.

Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut :

Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?")

Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan.

Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik.

Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini.

Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity.

Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?

Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:

Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa".

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus.

Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah.

Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu."


Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah.

Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.

Selasa, 11 Ogos 2009

ketika cinta bertasbih


SALAM...
.
ari ni 11 ogos 2009...hari selasa.. mlm ni x pi mane pun..duk blik jer!!sbenarnya mlm ni rancang nak pi program "ummah talk" tp x jadi la..coz ade perkara yg x dpt dielakkan...rase rugi pun ade sbb tajuk mlm ni menarik gak..."bisakah kambing tanpa kandangnya"....ha...agak2 korang la ape maksud disebaliknya...emm.ok la, klu sape2 yg pi atau tahu maksud disebalik tajuk ni bolehla share ngan saya yerk!!
em..nape sy letak tajuk "ketika cinta bertasbih"??.. sbb sy x sabar nak tgok filem ni...novel ni saya dah bace tapi x abis la...(ayatnya susah bangat tuk difahami!!)
saya cuma harap citer ni better dr ayat2 cinta coz para pelakon nye pun bukan dr pelakon2 biase ...terpilih ni..klu x salah sy la...pelakon utama lelaki @ hero filem ni merupakan seorg pelajar pondok..so bila citer yg berkisar agama ni dilakonkan oleh mereka yg betul2 ade asas agama mesti la nampak real skit..x la waktu baca al-Quran pun guna suara kaset...
so..sy b'harap filem ni berjaya & semoga mesej yg nak disampaikan kepada penonton tercapai......


p/s: salah satu hiburan dalam Islam