Ahad, 4 Oktober 2015

Novel Melayu

... jangan baca kalau anda bukan peminat atau pembaca novel novel melayu


Salam..
Perjalanan hidup manusia ibarat sebuah kisah yang direka oleh penulisnya. Ada gembira, sedih, sakit dan bermacam-macam lagi. Ini semua melibatkan hati dan perasaan yang hanya dimiliki oleh makhluk yang bergelar 'manusia". Saya pminat novel melayu. Ada novel yang tinggi tahap penceritaanya dan terlalu matang untuk dibaca oleh sesetengah insan. Namun begitu, ada juga yang agak kebudak-budakkan sehingga kisah ianya tidak layak untuk dijadikan sebuah novel cinta dewasa.

Semua orang layak untuk menulis begitu juga saya. Ada idea terus tulis. Namun penulis itu hendaklah fikir siapa pembacanya. Seperti saya yang menulis blog sendiri, saya menulis mengenai kisah hidup saya sendiri. Tidak melibatkan orang lain. Jadi tidak ada orang kedua atau ketiga. hanya satu iaitu saya sendiri. Manakala penulis novel membuat novel untuk pembacanya. Jadi dia perlu memikirkan tentang pembacanya dan bukan syok sendiri mereka-reka ayat yang pelik. Ada banyak watak yang perlu diwujudkan dan mempunyai identitinya yang tersendiri. kisah perlulah ada jalinanya antara satu sama lain. Menulis novel bukanlah satu kerja yang senang. Memerlukan kajian dan penelitian yang lebih. Itulah pengorbanan bagi seorang penulis yang berkualiti.

Saya kadang-kadang geram bila pergi ke kedai buku, terlalu banyak novel dengan cerita yang lebih kurang. Tidak salah jika ingin tema dan kisah yang sama, namun tahap penulisan matang diperlukan oleh pembaca seperti saya. Ini kisah cinta dewasa bukan cinta monyet yang tulisannya tidak menunjukkan pertanggungjawaban di setiap kata yang diluahkan. Baiklah sampai disini luahan saya sebagai peminat novel melayu kini. Sekian :)



Tiada ulasan: