alhamdulillah masih diberikan waktu dan masa untuk meneruskan hidup di dunia ini. Sudah hampir ke penghujung tahun 2015 dan seperti biasa semua guru -guru akan sibuk dengan pelbagai tugasan yang belum selesai. Aku juga seperti itu, namun masih mempunyai ruang untuk mengupdate blog aku yang comel ini.
Setiap manusia mempunyai motivasi dalam hidupnya sama ada dari family, rakan-rakan, orang yang tercinta atau disukai atau ayat-ayat yang terbina dari si pengarang yang bijaksana. Hari ini aku mendapat motivasi hidup dari ayah aku pagi yang dishare di dalam whatsapp :
selepas maghrib tadi sempat aku membaca surah al-anám berserta maksud dan terhenti pada ayat 60:
uqèdur Ï%©!$# Nà69©ùuqtGt È@ø©9$$Î/ ãNn=÷ètur $tB OçFômty_ Í$pk¨]9$$Î/ §NèO öNà6èWyèö7t ÏmÏù #Ó|Óø)ãÏ9 ×@y_r& wK|¡B ( ¢OèO Ïmøs9Î) öNä3ãèÅ_ótB §NèO Nä3ã¤Îm;oYã $yJÎ/ ÷LäêZä. tbqè=yJ÷ès? ÇÏÉÈ
60. dan Dialah yang menidurkan
kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari,
kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu)
yang telah ditentukan[481], kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia
memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.
[481]
Kamu ditidurkan di malam hari dan dibangunkan di siang hari, supaya dengan
perputaran waktu itu habislah umurmu yang telah ditentukan.
Kedua-dua ini adalah ayat motivasi bagi meneruskan kelangsungan hidup aku yang adakalanya dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan kesunyian. Cerita pasal kesunyian, semua orang melaluinya sampai update facebook benda pelik-pelik. Aku bersyukur kerana dikurniakan dengan pekerjaan yang tidak akan kesunyian.
Biarlah satu dunia tidak memperdulikan kita namun anak kecil yang sentiasa jujur ini akan sentiasa mengembirakan dan memenuhi semua perasaan di dalam hati aku. ok lah di penghujung tahun 2015 ini aku kongsikan gambar-gambarku di Bumi SK Sematan.
Majlis Khatam al-Quran Peringkat daerah
Kem Bestari Solat Siri Akhir (Mandi jenazah)
Senamrobik Sukan Tahunan
Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah
Rombongan tahun 6
erm...tahun depan dah 28..acaner tu??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan