Selasa, 27 September 2011

kerja

salam

sudah lama blog comel kesayangan saya ini tidak di up-date. cerita yang ingin dikarangkan dalam blog peribadi sendiri seakan ada tembok penghalang untuk tuannya menulis. ada kisah yang kita boleh berkongsi dan ada juga yang harus disimpan. ye...walaupun ini blog peribadi kita sendiri namun bukan semuanya boleh diceritakan. ia berlainan dengan diari yang mana segala rahsia dan cerita hanya diri penulis itu sahaja yang tahu kecuali ianya terlepas ke tangan orang lain.

cerita kehidupan saya di alam pekerjaan menjadi tema kali ini.KERJA oh KERJA....
selepas tamat pengajian di Universiti, saya menjadi salah seorang penganggur terhormat di negara maju ini. walaupun begitu, saya bukanlah penganggur yang tegar... kerana saya sebelum ini pernah kerja sementara di Tadika.

Menjadi cikgu tadika adalah cita-cita saya yang ditulis semenjak dari sekolah rendah lagi. kenapa cikgu tadika? mungkin saya rasa saya berkelayakan menjadi cikgu tadika kerana saya berperangai macam budak-budak, rasa mudah, silibus pengajaran yang tidak berat, boleh main, makan, dan suasana yang ceria. itu adalah antara sebab mengapa saya berfikir untuk menjadi cikgu tadika untuk jawapan kepada cita-cita.

namun, apabila berhadapan dengan realiti sebenar saya rasa Sangat Tension, blur, dan kepala berdenyut-denyut. waktu itulah baru bertanya dalam diri sendiri sama ada saya tidak suka budak-budak atau sudah lama tidak layan melayan karenah "budak Kecik"? saya sabar...sabar...dan sabar...

alhamdulilah, akhirnya saya dapat mengawal diri saya dan dapat menerima kehadiran mereka dalam kehidupan tanpa perlu di buat-buat. saya memang tidak pandai berlakon untuk jangka masa yang lama. habis kuat dalam 3 hari je boleh berlakon, lepas itu perangai semulajadi akan timbul.

walaupun begitu sayang seribu kali sayang, setelah kasih diberi. diri ini pula perlu dinyahkan dari situ. semuanya disebabkan salah diri ini sendiri, yang memang tidak dapat mengawal emosi. sebelum itu, saya seolah-olah telah mencabar majikan untuk mencari penganti. setelah ditemui, apalagi faham-fahamlah sendiri.hati ini dibawa dengan linangan air mata sepanjang perjalanan balik ke Jitra, kedah.

itulah kisah saya dalam fasa pekerjaan sementara. InsyaAllah, saya akan teruskan pencarian dengan semangat baru dan pengalaman sebelum ini.




p/s: pinjam gambar En. Google kejap, nanti saya letak gambar semasa saya kerja mengajar di Sungai Petani, Kedah.

Tiada ulasan: