Isnin, 8 Februari 2010

SMK Dato'Hj Hussien


salam..
seperti yang dijanjikan...post kali ni saya akan menceritakan pengalaman manis sepanjang pembabitan saya sebagai fasilitator untuk kem insan cemerlang di SMK Dato'Hj Hussien, selama, perak..

kem ini dianjurkan oleh persatuan anak negeri perak @ PERMADARI UKM....pada 5-7 feb lepas....

mengapa saya mengatakan ia pengalaman manis????
huhuhhhh......
sebelum ni saya agak takut n nervous bila diberitahu bahawa kami akan menjadi fasi untuk pelajar form 6...yg mana jarak umur mereka dan kita x la jauh sangat dan satu lagi sekolah yg dipilih ialah sek.men.keb....saya x pernah berhadapan dengan pelajar sek harian ni sbb saya dr sek agama...so, x dpt agak la tahap kesosialan mereka bagaimana......"
kurang selesa jika pergaulan antara mereka terlalu bebas"

selain itu, saya ini agak takut bila mengingatkan kembali semasa saya form 6 dulu...masa itu ada program seperti ini juga yang mana para mahasiswa telah datang ke sekolah untuk membuat program motivasi bagi form 6...

x tahu apa salah n silapnya..kami pakat x nak join program ni ..... walaupun akhirnya terpaksa juga ikut... lebih kurang macam "paksa rela"la...

masa tu rase hormat pada mereka kurang n bila diberi arahan kami buat tak tahu dan lambat2 kan masa...memang la waktu itu mereka marah tapi x boleh buat apa la sebab kitorang memang x nak join .... selain itu faktor umur dan sikap ...ada setengah fasi yang umurnya sebaya dengan kami n mereka ni agak sombong la jugak....
ni la antara sebab mengapa saya agak takut pada mulanya.....
"takut kene sumpahan bak kata k.lieya"

but.... saya bersyukur la sangat2.....semua perkara yang bermain di fikiran tidak berlaku sepanjang program berlangsung malah sambutan yang diberikan oleh pelajar sangatlah baik ...mereka ni x sombong dan murah dengan senyuman ....semua pelajar termasuk pelajar2 form lain...

saya n
fairuz menjadi fasi bagi kumpulan 4 "blue sky"...terdiri drpad 1 lelaki dan 7 perempuan...wan hadzri, amira yazid, amira syarif, farah wahida, adila,marliani, zaiemah,n marian.."wah!!! k.anis ingat lah nama korang tapi muka x brp nak ingat la" hhuhuhh ....semuanya sempoi...tgasan yg diberikan pun dilaksanakan dengan baik

antara tugasan yg perlu dilakukan oleh kami semasa program LDK ialah menerangkan mengenai matlamat hidup, memilih nama kumpulan n sebagainya, menceritakan pengalaman hidup dan mmberi tazkirah kepada mereka..saya memilih tajuk asgment saya "pluralisme agama" sebagai bahan tazkirah...ini kerana ia merupakan tajuk yang agak hangat ketika ini..

..walaupun begitu kitorg x dpt bersama mereka sepenuhnya....terutamanya masa program kesenian ... sbb kitorg pun kene buat persembahan jugak....
"malu giler jadi student nakal tapi pakai pakaian sopan...mariam siap nyanyi lagu "malu bertanya kawan...sesat jalan pulang!!! x ingat sangat lirik lagu ni ...tp mariam memang sempoi la.....sampai depa panggil hang kakak brutal...huhuhuhu"

cuma kat sini saya harap apa yang saya lakukan ni mendapat manfaatnya bukan untuk diri saya sahaja tapi juga untuk orang lain terutamanya bangsa melayu Islam ...

p/s : tujuan diadakan program motivasi ini adalah untuk menyatakan kesyukuran kita kepada Ilahi disamping memberi kesedaran kepada pelajar...." antara ucapan dari ketua pengarah program"

1 ulasan:

umi jun berkata...

kurg bersetuju jika mahu di cop semua plajar smk itu sosial,,mgkin xla sebgus pljr agama,,tp sy sendr hnya setahun setengah shja si sekolah agama,,5thun di smk. realiti hdup ni,,bla hbis sekolah,,sudah tiada bza antra smk dan smka.hmpir sma, malah di smk,penglamn sy sendri,,progrm agma memg hangat smbtannya,dan rela hr turut serta,bhkan mencri2,,berbza dgn rmai studnt smka,,
mgkin betul,ada yg sosial,tp stp mnsia xterlepas dr penglamn sosial itu,,,smga dberi hdyah Allah. penglamn sy,5thun di smk,kmi dilrg couple! peraturn sgt ketat,tespect pd prefects dn senior,,dan ini berbza dgn sstgh smka...nmun kelebhan smka plg utma adlh ilmu agamanya yg xternilai,,jd sma2lh kte sebarkan pd warga smk,,mereka memerlukannya :)