Isnin, 19 April 2010

takhrij hadith

salam.....

‏جاء النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعودني ‏ ‏وأنا ‏ ‏بمكة ‏ ‏وهو يكره أن يموت بالأرض التي هاجر منها قال يرحم الله ‏ ‏ابن عفراء ‏ ‏قلت يا رسول الله أوصي بمالي كله قال لا قلت فالشطر قال لا قلت الثلث قال ‏ ‏فالثلث والثلث كثير إنك أن تدع ورثتك أغنياء خير من أن تدعهم ‏ ‏عالة ‏ ‏يتكففون الناس في أيديهم وإنك مهما أنفقت من نفقة فإنها صدقة حتى اللقمة التي ترفعها إلى ‏ ‏في ‏ ‏امرأتك وعسى الله أن يرفعك فينتفع بك ناس ويضر بك آخرون ولم يكن له يومئذ إلا ‏ ‏ابنة

hadith ini menyentuh mengenai wasiat. "sesungguhnya kamu meninggalkan keluargamu berkecukupan itu lebih baik dari meninggalkannya dengan kekurangan sampai meminta -minta kepada orang"
‏ ‏
kaedah takhrij hadith

1) pilih salah satu kalimah di dalam hadith. contoh :
يتكففون الناس

2) rujuk dalam mu'jam mufahras lil hadith

3)Jumpa. Kalimah ini ada di dalam sembilan buah kitab hadith iaitu Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Sunan Darimi, Sunan Abi Daud, Sunan Tirmidhi, Sunan Nasai'e, Sunan Ibn Majah, Muwwata' Malik dan Musnad Ahmad Ibn Hambal.

4)cari hadith tersebut. pastikan kesemua hadith yang ditemui
telah ditahqiq dan ditentukan darjatnya sama ada sohih, hasan atau dhoif. "rasanya sampai disini dah boleh anggap hadith ini sudah ditakhrij"

5) seterusnya buat syajaratul asanid. Ikut sanad-sanad hadith dari
9 buah kitab tersebut.

contoh sanad dari sohih Bukhari:

حدثنا أبو نعيم حدثنا سفيان عن سعد بن إبراهيم عن عامر بن سعد عن سعد بن أبي وقاص- رضي ألله عنه- قال



contoh yang dibuat

سعد بن أبي وقاص (nama sahabat)


diakhiri dengan nama pengarang kitab. Ibn Majah : جه Bukhari خ:

6) siap.

p/s: Jika ada salah silap tolong tegur ya..saya masih baru dalam bidang ini...

Tiada ulasan: