Selasa, 27 September 2011

kerja

salam

sudah lama blog comel kesayangan saya ini tidak di up-date. cerita yang ingin dikarangkan dalam blog peribadi sendiri seakan ada tembok penghalang untuk tuannya menulis. ada kisah yang kita boleh berkongsi dan ada juga yang harus disimpan. ye...walaupun ini blog peribadi kita sendiri namun bukan semuanya boleh diceritakan. ia berlainan dengan diari yang mana segala rahsia dan cerita hanya diri penulis itu sahaja yang tahu kecuali ianya terlepas ke tangan orang lain.

cerita kehidupan saya di alam pekerjaan menjadi tema kali ini.KERJA oh KERJA....
selepas tamat pengajian di Universiti, saya menjadi salah seorang penganggur terhormat di negara maju ini. walaupun begitu, saya bukanlah penganggur yang tegar... kerana saya sebelum ini pernah kerja sementara di Tadika.

Menjadi cikgu tadika adalah cita-cita saya yang ditulis semenjak dari sekolah rendah lagi. kenapa cikgu tadika? mungkin saya rasa saya berkelayakan menjadi cikgu tadika kerana saya berperangai macam budak-budak, rasa mudah, silibus pengajaran yang tidak berat, boleh main, makan, dan suasana yang ceria. itu adalah antara sebab mengapa saya berfikir untuk menjadi cikgu tadika untuk jawapan kepada cita-cita.

namun, apabila berhadapan dengan realiti sebenar saya rasa Sangat Tension, blur, dan kepala berdenyut-denyut. waktu itulah baru bertanya dalam diri sendiri sama ada saya tidak suka budak-budak atau sudah lama tidak layan melayan karenah "budak Kecik"? saya sabar...sabar...dan sabar...

alhamdulilah, akhirnya saya dapat mengawal diri saya dan dapat menerima kehadiran mereka dalam kehidupan tanpa perlu di buat-buat. saya memang tidak pandai berlakon untuk jangka masa yang lama. habis kuat dalam 3 hari je boleh berlakon, lepas itu perangai semulajadi akan timbul.

walaupun begitu sayang seribu kali sayang, setelah kasih diberi. diri ini pula perlu dinyahkan dari situ. semuanya disebabkan salah diri ini sendiri, yang memang tidak dapat mengawal emosi. sebelum itu, saya seolah-olah telah mencabar majikan untuk mencari penganti. setelah ditemui, apalagi faham-fahamlah sendiri.hati ini dibawa dengan linangan air mata sepanjang perjalanan balik ke Jitra, kedah.

itulah kisah saya dalam fasa pekerjaan sementara. InsyaAllah, saya akan teruskan pencarian dengan semangat baru dan pengalaman sebelum ini.




p/s: pinjam gambar En. Google kejap, nanti saya letak gambar semasa saya kerja mengajar di Sungai Petani, Kedah.

Sabtu, 11 Jun 2011

Pic ma'a my Sahabat

k.sri

umi salamah

hanisah

fiza
q-lah
*kENangaN UKM*

Isnin, 25 April 2011

Guru Akhlak

salam
hari ini, 25/4/11....berakhirnya peperiksaan untuk semester ini, maka tamatlah pengajian saya di ukm. sedar tak sedar sudah 3 tahun saya berada di di sini. timbul pelbagai perasaan di kala ini.
  • gembira -Dah habis belajar
  • sedih - Nak tinggalkan kawan-kawan dan pensyarah
  • takut -memikirkan perkara akan datang
  • yakin - insyaallah, dengan sedikit ilmu yang diperolehi, akan cuba buat yang terbaik
walau apa pun yang berlaku, prinsip saya "hidup diteruskan"
alamak!!!feeling lebih pulak nak tinggalkan UKM ni, padahal tesis tak siap-siap lagi...hahahh

tajuk tesis saya "manhaj al-Quran dalam Mendidik Remaja"
saya suka dengan tajuk tesis saya walaupun tajuknya agak umum dan biasa. setelah membuat beberapa kajian, maka saya dapati bahawa pendidikan al-Quran sememangnya sebuah langkah pendekatan yang terbaik dalam mendidik akhlak remaja yang semakin tidak terkawal ketika ini. namun, sejujurnya saya belum dapat mengenalpasti langkah pendekatan yang bagaimanakah sesuai dilakukan untuk mendidik akhlak mereka.selain membuat rujukan di buku dan beberapa artikel, saya juga ada membuat sedikit pemerhatian. namun ianya tidak saya letakkan dalam tesis saya kerana tidak menjumpai teks penyokong.

oh ye, tadi saya berkesempatan menonton filem "aku masih dara". filem ini bagus, tapi saya syorkan untuk ditonton secara bersendirian. pendekatan dakwah terkini digunakan. firdaus, seorang pemuda 'alim yang cuba untuk menegur dan mendidik sepupunya supaya kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar. dia cuba bersikap bertoleransi dan sabar dalam menghadapi karenah sepupunya. tidak cepat melenting dan sentiasa bersabar. dia berdakwah sehingga sanggup mengikuti sepupunya masuk ke disko dan rela mengahwini sepupunya yang sudah terlanjur dengan niat untuk membimbingnya. walaupun di akhir ceritanya, sepupu dia tidak tertarik dengan dakwah yang cuba disampaikan firdaus tetapi kawan kepada sepupunya pula yang tertarik dan kembali ke arah cara hidup Islam yang sebenar.


bila difikir-fikirkan semula, kuatnya Iman si firdaus ini. adakah wujud para pendakwah yang sekuat sepertinya? saya tidak menuding jari kepada sesiapa. ini kerana setiap daripada Muslim itu wajib ke atasnya untuk "amar ma'ruf nahi mungkar".
pendakwah di era globalisasi ini, pelbagai cabaran yang harus di harungi. sabar menghadapi dugaan dunia. sesiapa yang ikhlas melaksanakannya ,maka ia akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

p/s:sesiapa ada pandangan mengenai "pendekatan terkini dalam mendidik akhlak remaja" boleh la berkongsi dengan saya.

Khamis, 14 April 2011

RAPUH




BENTENG PERTAHANAN




benteng pertahanan daripada gangguan syaitan hanya menerusi bacaan zikir, dengan kata lain tidak perlulah mempelajari beberapa jenis ilmu silat atau memiliki pedang @parang untuk berhadapan dengan syaitan, iblis dan jin.


Maha Suci Allah swt yang mengajari hambaNya kaedah mengatasi gangguan syaitan.





1.bersifat ikhlas

2.beribadah kepada Allah

3) menyertai Jama'ah

4)menjaga solat jemaah




5) berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah

6) meminta perlindungan kepada Allah daripada gangguan Syaitan











7 ) memperbanyakkan ibadah



8)menjaga keluarga dan anak-anak



9)membaca AYAT AL-KURSI


10) membaca surah al-Baqarah



11)membaca 10 ayat dari surah AL-BAQARAH, 4 ayat dari AWAL + AYAT AL-KURSI +2 AYAT SELEPASNYA dan 3 ayat dari AKHIR AL-BAQARAH


12) membaca 2 ayat dari akhir surah al-Baqarah


13)membaca 3 Qul


14)menjaga pandangan, perut, lidah, kemaluan dan tangan



15)menutup mulut ketika menguap
16)sentiasa berwuduk


17)Qiamullail


18) tidak berpegang kepada sesuatu yang tidak pasti.

SIHIR









keterlibatan syaitan dalam sihir adalah sangat mengerunkan. Ini kerana ianya bukan sahaja membabitkan tukang sihir malah mangsa sihir juga akan merana sepanjang hayat mereka. sihir terbahagi kepada 15 bahagian iaitu:


1)sihir pemisah : dapat memisahkan di antara suami dengan isteri atau antara anak dan ibunya.


2)sihir pengasih: (nasi kangkang) sihir yang dilakukan oleh isteri melalui bomoh terhadap suaminya untuk tujuan mengawal suami.


3)sihir khayal: seseorang melihat sesuatu tidak mengikut gambaran sebenar

4)sihir yang boleh menyebabkan seseorang menjadi gila

5)sihir yang menyebabkan seseorang itu suka murung dan menyendiri


6)sihir bisikan:mimpi yang buruk, mendengar suara tetapi tidak melihat sesiapa, was-was, syak, melihat dalam tidur bahawa dia sedang jatuh dari tempat yang tinggi.



7)sihir yang menyebabkan seseorang jatuh sakit.



8)sihir yang menyebabkan wanita mengeluarkan darah selepas masa haid yang biasa


9)sihir yang menyebabkan seorang wanita tidak berkahwin. biasanya jin akan memasuki dalam keadaan berikut:


-sangat takut

-sangat marah

-pelupa

-terlalu mengikuti hawa nafsu


10)sihir yang menyebabkan seorang suami tidak mampu bersama isterinya

11)sihir yang menyebabkan isteri tidak memberi peluang kepada suaminya untuk bersama sekalipun si isteri mengkehendakinya


12)sihir yang menyebabkan isteri tidak berasa apa-apa ketika bersama suaminya


13)sihir yang mengahalangkan suami isteri untuk bersama kerana laluan tertutup

14)sihir yang menyebabkan isteri mengeluarkan darah ketika mahu bersama suaminya

15)sihir yang menyebabkan anak dara yang berkahwin didapati seperti janda oleh suaminya ketika bersama.



(Muhammad Yusuf Khalid. 2002. Pengaruh Syaitan, Jin dan Iblis Dalam Kehidupan Manusia.)

Selasa, 5 April 2011

Bukit Broga

wa!!!

nama cam gah...Gah sangAt ker bukit BrogA ni???

hahahah....

alhamdulillah...4/4/11 yang lepas, saya berpeluang mengikuti program JANNAH "Eksplorasi Bukit Broga 2011"

bukit broga ni terletak di Semenyih, kalau tak salah saya, Dr. SMS merakamkan gambar perkahwinan dia di atas bukit ni...




bagi pendapat saya, aktiviti pendakian ke bukit broga ni memang best dan sangat mencabar...sampai je kat atas tu, Ya Allah! tenangnya jiwa dengan udara pagi yang segar, angin yang bertiup lembut, suasana yang tenang dan menghijaukan & dapat melihat pemandangan alam atas & bawah yang menarik. rasa puas dalam diri. "Disyorkan kepada sesiapa yang sering stress untuk melakukan aktiviti ini."

namun, di sini ada juga kekurangannya..."sikit jer,hhuhuhu"

1)keselamatan kurang -tidak ada tali keselamatan..

."nak naik memang la best..bila nak turun...adoi..gayat la pulak..tempat ni memang agak curam sikit"






""nampak x jalan nak ke atas tu? curamkan bila nak turun."



2)tiada tandas-

"kalau aktiviti macam ni, memang kita selalu minum air...hauskan!!! tapi ketahui la anda apabila sudah berada di atas ...tiada tandas untuk melepaskan hajat...hahaha...tapi takpe...kita sabar.... maka turun la bawah...sampai je kat bawah....jumpa tandas...tapi kotor la...ayor pun takde..cam mana!!!!....xpe kita sabar lagi...jalan-jalan depan akhirnya jumpa la "Ladang Arnab"...comeinye dengar...tanya tuan ladang tu...boleh tumpang tandas tak? haiya!! ini bukan tandas public la..kalau you nak masuk..bayar RM5...nanti you boleh masuk tandas and round-round kat sini....adoi...tak tahan punya pasal...RM5 pun RM5 la...

hanya dua ini sahaja kekurangan yang saya dapat listkan...apa-apa pun...program ini memang best!!!!

syukran JANNAH kerana menganjurkannya.








di atas Bukit Broga




"Eksplorasi Bukit Broga 2011"


di Ladang Arnab "tapi x nak amik gambar ngan arnab, amik ngan kuda..kudaku gagah berani..heheh"


.

rakan-rakan AQSO