Khamis, 20 Januari 2011

ILIM

salam...bertemu kembali...
ILIM (institut latihan Islam malaysia) merupakan sebuah institusi kerajaan. saya bersama rakan-rakan UKM yang lain iaitu fiza dan miza berpeluang menjalani praktikal di sana semasa pertengahan tahun 2010. maaf, cerita mengenai pratikal ini memang sudah lama ingin saya ceritakan namun atas beberapa perkara ia tidak dapat dilakukan. ILIM terletak di sungai merab, selangor. institusi ini merupakan tempat latihan kursus bagi pegawai kerajaan. banyak ilmu dan pengalaman saya perolehi sepanjang berada di sana. ". " mOOd SkemA"

di sana, kami dikehendaki menjalani praktikal selama 2 bulan iaitu bersamaan 8 minggu. "klu ibu mengandung ni, rasanya kecik lg perutnya...hahah"...setiap 2 minggu kami akan berpindah ke pusat-pusat yang telah di tetapkan. antara pusat yang ditetapkan untuk saya:

1) : Pusat al-Quran dan Ilmu Teras
2): pusat pembangunan sains dakwah
3): pusat pembangunan keluarga Islam
4): pusat pengurusan undang-undang Islam

(laporan Praktikal ILIM. 2010. hal. 1)

pengalaman dan ilmu2 baru yang dipelajari n diperolehi di ILIM antaranya seperti handle mesin photostat, "bukan mudah untuk yg tidak biasa" hantar fax, buat surat, taip laporan, call agensi dan perseorangan (utk memastikan kehadiran peserta or feed back about something), cari maklumat kertas kerja, susun fail, handle majlis, jadi urusetia, jadi usher masa penyampaian hadiah, cara berkomunikasi dengan orang atasan (ex. Dr, Prof., Tuan, En.) dan pelbagai lagi.

layanan dan kerjasama yang diberikan sepanjang berada di sana juga baik oleh staff di sana, percaya x, sampai sekarang kitorang masih still lagi bersilaturahim walupun di facebook. ye la, nak jumpa kan susah, tambah2 takde kenderaan ni, kat fb pun jadi la, huhu...
di sana juga, bukan kami bertiga sahaja menjalani pratikal, tapi ramai lagi dari Universiti2 lain, antaranya dari USIM, UPM, UiTM,UPSI DAN UNITEN.

sepanjang praktikal, alhamdulillah kami ditempatkan di asrama ILIM, "terima kasih pengarah kerana memahami kami". perbelanjaan sepanjang praktikal juga tidak banyak kerana kami berkudapan di dewan makan ILIM, " thankz ya abg2 kantin coz ajak kami makan"
"wa!!! tiba2 rase sedih pulak apabila mengingati pasal dewan makan, relax2 control jiwa..."

saya berpandangan, ILIM memang sesuai dijadikan first choice bagi pelajar pengajian Islam untuk menjalani latihan pratikal. ini kerana ia bersesuaian berdasarkan:

1)merupakan tempat pegawai kerajaan agama khususnya menjalani kursus.
2)kursus-kursus yang dijalankan bertepatan dengan courses yang diambil oleh pelajar di U.
3)kawasan dan persekitaran yang baik dan islamik
4)setiap pagi semua staff dikehendaki membaca al-Quran (generasi al-Quran)
5)layanan staff yang baik
6) insyaAllah, pelajar2 tidak akan tertekan dan boring kerana di sini banyak kerja yang harus dilakukan. cuma ikhlaslah dalam melaksanakannya supaya jiwa anda tenang.

baiklah, di sini sahaja coretan mengenai kisah latihan praktikal saya. InsyaAllah, saya akan m'aplikasi ilmu yang diperolehi pada masa akan datang..

rindu u all:
MeMbeR PraKtiKal ~ZaiDah, ZaHidAh, k.Ogy, MizA, FiEzah, K.NiSa, K.SofIe, SyI, StuDent UPSI n USIM (K.LizA N k. Su), KamiL, FiRdaUs, Yan n Ya'AkOb

StAff ILIM ~K.JuN, K.Ada, K.Umi, Ust Faiz, Ust. coMel, Ust RaJa, ust ZaKi, Ust Saufi, Ust Zaid n Yg Lain..


Tiada ulasan: