Rabu, 22 Julai 2009

Syeikh Abd.Shamat al- Palimbani

salam....
alhamdulilah, pmbentgn akhlak tasawuf berjaya dibentangkan dan disiapkan..huhuhhh..penat gak..kami diberikan mase 3 hari nak siapkan asgment..ye la, wlupun tugasan diberikan ari rabu tapi buku yg nak diulaskan tu hny dijualkan pada ari jumaat..so cuti 2 hari lpas kami dok wat keje tu jer la.syukran sy ucapkan pada group sy sbb bg kerjasama yg baik wlupun sebelum ni x kenal..(fiza =kenal, ust khalil =baru kenal)
ok la,, itu asgment berkumpulan ni sy nak citer ttg asgment individu plak...tadi masa kul 6.19..ha siap ade jam lg..sy chat ngan ustz yusri (tutor akhlak dan tasawuf) nak pilih tokoh tasawuf dari sumatera iaitu syeikh abd. shamad al-palimbani...ust kate ok, diterima..so, asgment individu sy ialah SYEIKH ABD. SHAMAT AL-PALIMBANI..kebetulan sy ade pinjam buku dari PTSL semalam yg bertajuk "Melacak Pemikiran Tasawuf di Nusantara"...dlm buku ni, ade la senarai tokoh2 tasawuf yg lain...ok sy akan citerkan serba-sedikit ttg beliau..

Syeikh Abd. Shamat al- Palimbani adalah seorg ulama' sufi kelahiran Palembang, pada prmulaan abad ke-14.. dan mninggal dunia pada tahun 1788M. Beliau mrupakan putera kpd Abd Jalil b.Syaikh Abd Wahab b. syaikh ahmad al-madani dari yaman..yg merupakan seorg ulama sufi di san a', dan pernah juga diangkat menjadi mufti..
Mendpt pendidikan di Mekah dan Madinah dari ulama'-ulama' sufi seprti syeikh muhammad al-samman, selain itu, beliau juga pernah mnpelajari tasawuf agak mndalam sebelum ia pergi ke mekah, melalui kitab tasawuf krngan para sufi Aceh sehingga dlm sair al-salikin-nya ia mnyebut bbrp buah kitab krngan syamsuddin al-sumatrani dan abd rauf al-jawi al-fansuri..
hny setakat ini je sy tulis..yg lebihnye kene tgok la asgment sy nnti...

Isnin, 20 Julai 2009

akhi

Salam...dah kul 1.49 am..mata ni x ngantuk lak..lpas mgrib tadi punyalah ngantuk maybe sbb penat+makan....pagi ni sy nak citer pasal abg sy.. name penuh Qamadirul bin Kamaruddin, berumur 22 tahun, masih single (maybe kot)...skrg menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir. pelajar tahun 2,.syariah.
kat sni bukanlah sy nak mempromosi dia jauh sekali utk menfitnahnya..sekadar ingin memenuhi permintaannya utk menyiarkan artikel tentang dia..
ok, sy start dari sek..dari tadika smpai la sek men, kami mmg bersama..jgn pikir lain, ye!!maksud sy kami satu sek dari kecil smpai besar..so kenal rapat la..x mcm adik-beradik lain..cuma yg bezanya skrg dia belajaq kat luar ngr sy kat bangi, selangor..tu jer!!
dia pi tahun 2006..masa tu sy amik form6 kat SMKASAS..so dia sempat la jenguk sy waktu tu sblum dia pi..sebenarnya sy x tahu nak citer ape sbbnya klu tulis lebih2 kang segan la plak org bace so, sy amik jln tgh ....citer pasal dia tp tang personaliti tu x nak la citer sgt..harap2 korang faham la !!x kan nak puji adik-beradik lebih2.. cuma yg nak sy katakan disini kami sekeluarga memang merindukan dia!!terutama mak..ish...kan dah sedih..ye la dia pi tahun 2006 smpai skrg x balik lg...tapi kite kene kuatkan semangat..dia pi belajaq dan berjihad mencari ilmu bukannya pi bercuti atau membuang masa kat luar ngr..x mcm sstgah org yg sggup pi melancong jauh2 kat ngr barat , abiskan duit kat sana..alih2 duit tu dia wat naya kat org lain..


p/s: belajaq biaq tamat...ilmu biaq melekat...hidup insyallah akan selamat...

Mudir Sek.Ren.Ma'ahad al-Ridwaniah


salam...
bersua lagi....tapi kali ini saya x nak citer pasal bercuti di Langkawi tapi mengenai mudir sek.Ren saya...Ma'ahad al-Ridwaniah, teluk Medan, Bagan Serai, Perak..
saya bermula sek disitu dari darjah 3 - 6 ....saya, abang, qusyai dihantar kesitu....kami bertiga di asrama..
sebenarnya saya tngah cari tokoh ahli tasawuf utk asgment akhlak tasawuf..tup.tup..saya nmpak name bekas mudir sy dalam wikipedia..syukran diucapkan kepada mereka yg telah menulis artikel ttg ust. Disini sy letakkan jasa dan sumbangan Tuan Guru terhadap S.A.R

Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi (Arab:ﺣﺎج ﺻﺒﺮﺍن ﺑﻦ ﺣﺎج ﺍﺳﻣﺎﻮي اﺳﻤﺎﻋﻳﻟﻲﺍﻟﺒﻨﺠﺎري رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ; juga dikenali dengan singkatan TGHS) atau Jaberal@Sabran bin Hasamawi@Asmawi (April 1, 1938Januari 2, 2007), merupakan salah seorang murid kanan dari Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Guru Haji Mat Saman Kati. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 1hb April, 1938 bersamaan dengan 30 Muharram 1357H di sebuah kampung bernama Sungai Malau, berdekatan Changkat Lobak, Bagan Serai, dalam Daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sepanjang hayatnya selama 69 tahun, beliau telah menyumbang sebahagian daripada umurnya untuk berbakti dan berjuang untuk meninggikan syiar agama Islam berpusat di kampung halaman khususnya di Alor Pongsu, Bagan Serai, dalam negerinya dan negaranya melalui pendekatan jalan dakwah dan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan masyarakat dan anak bangsa melayu Islam

Di antara cita-cita dan perjuangan Allahyarham TG yang tidak pernah padam adalah untuk memartabatkan sistem Sekolah pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Cita-cita mengasaskan Sekolah pondok sendiri sejak kembali ke kampong halaman. Ia hampir menjadi kenyataan pada akhir tahun 70an awal 80an, dengan terdirinya beberapa buah pondok di sekitar Surau al-Ansar, Alor Pongsu. Namun ia tidak kekal menjadi.

Ada juga yang datang menuntut secara sistem Sekolah pondok umumi (menadah kitab) khusus untuk tempoh masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan di Surau al-Ansar. Misalnya pada tahun 1979 awal tahun 1980, beberapa orang pelajar (sekitar 20 ke 30 orang) dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang diketuai oleh seorang pelajar bernama Ali. Kumpulan pelajar MCKK ini telah beberapa kali bermukim di Surau al-Ansar untuk mendalami ilmu agama dari Allahyarham TG ketika musim cuti penggal persekolahan mereka. Namun aktiviti ini terhenti kemudiannya, mungkin setelah masing-masing telah menamatkan pengajian dari MCKK dan menyambung pelajaran ke tempat lain atau meneruskan hidup dengan bekerja di tempat masing-masing.

Tidak lama kemudian, Allahyarham TG diminta untuk mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Kahar sebagai Mudir atau Pengetua Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah. Teluk Medan, Bagan Serai. Dari sinilah cita-cita Allahyarham TG diteruskan, bermulalah memasuki bidang yang agak baru iaitu pengurusan dan pentadbiran sekolah (Sistem Akademik) serentak dengan itu juga mentadbir sistem Sekolah pondok secara umumi.

Allahyarham TG lantang memperjuangkan kepentingan SAR terutama ketika bantuan kewangan yang dibekukan oleh pihak pentadbiran kerajaan bermula pada 1998. Inilah cabaran yang paling getir pernah di lalui oleh Allahyarham TG selaku Mudir untuk mencari sendiri sumber kewangan yang kian meruncing dari hari ke sehari. Pernah suatu ketika hampir Allahyarham TG terbang ke Negara Brunei Darussalam untuk bertemu dengan sahabat di sana bagi memohon bantuan. Tidak cukup dengan itu juga Allahyarham TG menulis beberapa pucuk surat memohon bantuan dari badan-badan korporat dan bank-bank perdangan tempatan. Segala usaha ini dilakukan demi untuk melihat SAR terus hidup dan tidak terlepas ke tangan pihak kerajaan yang pada pandangan TGHS tidak lain hanyalah untuk memudarkan pengaruh agama Islam dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu Pada bulan Mei 2005, Allahyarham TG di jemput untuk mewakili Negeri Perak ke Ijtimak Ulama' (إﺟﺜﻤﺎعﻋﻠﻤﺎء) Sekolah Pondok Se-Nusantara di Yayasan al-Jenderami Jenderam, daerah Sepang Dengkil sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Di kesempatan ini TGHS telah melontarkan beberapa pandangan dan idea yang bernas dalam sessi muzakarah (ﻣﺬﻛﺮه) perdana bersama para ulama’ yang datang dari seluruh nusantara termasuk dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura. Perjuangan dan usaha untuk mempertahankan SAR dan Sistem Sekolah pondok harus diteruskan, itulah tekad Allahyarham TG yang tidak pernah berganjak.

Pada pendapatnya kedua-dua pusat ini khususnya Sekolah pondok, masih cukup relevan sebagai pusat untuk melahirkan para alim ulama’ perwaris nabi untuk generasi akan datang, walaupun kita kini berada di dalam keadaan serba canggih dan moden. Kerana inilah jalan yang telah dirintis oleh Tuan-Tuan Guru kita turun temurun dari dahulu dan juga jalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk diteruskan hingga ke hari kiamat. Maka tidak hairanlah SAR dan Sekolah pondok sentiasa dicemburui dan tidak disenangi bukan saja kini malah dari dulu sampai bila-bila.

Sebagai contoh berapa ramai dari kalangan Tok-Tok Guru di selatan negara Thailand khususnya Patani, yang telah ditangkap dan hilang begitu sahaja, entahkan hidup entahkan mati. Itu adalah janji Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an [10]:

(أﺣﺴﺐ اﻟﻨﺎس أن ﻳﺗﺮﻛﻮا أن ﻳﻘﻮﻟﻮا ءاﻣﻨﺎ وﻫﻢ لا ﻳﻔﺘﻨﻮن)

Ertinya:“Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji?

"...Usaha ke arah jalan Allah Ta'ala pasti akan di uji dengan pelbagai rintangan dan cubaan, kita harus ingat Rasullah s.a.w adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Walaupun baginda seorang Nabi lagi Rasul malah kekasih Allah Ta'ala tetapi baginda adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Maka apalah sangat cubaan yang kita hadapi sekarang ini? Terlalu sedikit ibarat langit dengan bumi perbezaannya. Adakah kita pernah melalui peperangan sebagaimana Rasulullah s.a.w dalam usaha dakwah? Ramai dari kalangan kita yang tidak pernah!! Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian yang hadir untuk mempertingkatkan azam dan semangat untuk meneruskan jalan yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w. Tetaplah istiqamah di dalam perjuangan meninggikan martabat Sekolah pondok yang saya kira satu-satunya sistem pengajian yang menuntut pelajarnya mencari dan mencapai kecemerlangan ilmu dalam masa yang sama menunaikan tuntutannya iaitu beramal dengan apa yang dipelajari. “Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Usahlah takut dan gentar malah hadapilah segala cabaran dengan kekuatan istiqamah dan kesatuan ummah..."

Itu adalah antara lain pengisian Allahyarham TG ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis yang dirasmikan oleh YBhg. al-Fahdil Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.


gambar ketika mmberi ucapan sewaktu perhimpunan





Sabtu, 18 Julai 2009

bercuti




salam.........
.
dah petang2 ni boring la plak!! kepala ngah pening ni pasal wat ringkasan buku Akhlak dan Tasawwuf.. boleh tahan la ayat dlm buku ni ...mlm ni ade BBQ kat kolej Burhan, so sementara mnggu magrib, nak la citer pasal percutian kami sekeluarga di Pulau Langkawi.
idea percutian ni dari mak saya, ye la dah dok kedah kat 5@6 tahun tapi kitaorg x pernah pi Langkawi pun. kami pi masa cuti sekolah akhir tahun lpas. semua pi kecuali yeop..........hahaaahaa
"belajaq elok2 yer kat Mesir tu! jgn bnyk main awak tu bukannya nak jadi atlit"..
jadi pagi2 lagi kami dah bertolak menuju ke kuala perlis sbb nak naik feri kat sana. smpai je kat sane punya la ramai org..mula2 tu pelik gak, depa ramai2 ni nak pi mane? oh..kan cuti sek bukan kitaorg je nak bercuti org lain pun nak pi gak!!
my dad pi la beli tiket , kami dok kat luar je sambil melihat laut dan saya mcm biase suka tgok org sekeliling..
tggu punya tggu ayah saya pun mai..tapi ngan hampanya ayah cakap tiket dah abis klu ade pun lmbat..so dgn hampanya kitaorg pun pi la kat kete balik..padahal kete tu dah siap cantik parking sbb kami cdg nak pi 3 hari 2 mlm..ala 2 tv9..
ayah bagi cdngan kita bercuti kat perlis jer la..ala xnak la coz perlis ngan jitra 1 jam bila2 pun leh pi ..tapi saya diam jer la..nnti kene marah sbb tadi ayah suh pi beli tiket x nak...hihihi....
so, kami pun pi la round kat perlis ....x lame lpas tu nmpak signboard Gua Kelam..
kami pun pi la sane...saya masa sekolah dulu pernah nak pi Gua Tempurung tapi x jadi coz demam..ni pun jadi la asal kan namenye GUA...
best gak masuk gua ni wlupun pada mulanya rase seram..ala ni sbb pngaruh tv..padahal kat tempat mane2 pun kite kene berjaga-jaga..
lpas masuk gua kami rehat kat kaw rehat..lpas tu kami pi naik tangga plak... lagi tinggi dari tgga kolej burhan @Ibu zain..ala2 mendaki sbb kami nak pi ke puncak..nasib baik kat U ni saya dah dilatih dgn menaiki tgga so xde la rase penat sgt..mase dok ralit m'daki tiba2 dgaq suara budak m'nangis..saya pun toleh belakg rupa2nya mimie nangis..dia nak patah balik pi kat mak..dia jlan ngan qusyai..saya pun tny nape..dia kata nmpak sesuatu...
jadi kami pun relax kan dia dan meneruskan prjalanan..akhrnya smpai gak kat puncak..kami pun amik la gmbar..tapi ak x larat ngak meronnyeh sbb penat ..depa yg lain mane rajin nak tgkap gmbar ..biase la lelaki...
lpas pi gua kelam kami pi Taman Ular plak! mcm rombongan sek la plak...kat sna ramai gak org..sbelum masuk tu kami pekena aiskrim dulu.. mak n qusyai x pi coz mak geli ular qusyai demam..kami pun masuk la..tapi ade gak citer lawak mase nak masuk tu..ade sorang makcik tu dah beli tiket pun ..bila dia masuk pintu pertma tu terus mnjerit x nak masuk.. ye la masuk2 terus ade ular..maybe dia terkejut sgt la tu..hem..rugi tiket tu..
kat sane bukan ade ular jer memerang, kura2, monyet tapi saya rase babun kot sbb bontot merah n buaya..paling terkejut masa saya wat marah2 kat sekor beruk tu..ye la t'ingat kat kolej burhan beruk masuk bilik.. tiba2 dia bagi respon yg mngejutkan saya ..apalagi adik2 saya gelak la depa kate beruk tu suka kat akak..ade ke patut....
lpas tu kami pun pi la cari hotel nak tidoq mlm ni..hotel tu kira ok la mcm hotel yg saya pi waktu form6 dulu..mlm tu kami pi dinner kat kedai makn .. tepi laut..ayah tempah mkanan ala seafood mcm ikan bakar,sotong, kerang,ntah ape2 lagi ...tapi kami mkn skit jer sbb x brp nak suka sgt ..ye la klu ajak makn luar msti tempah nasi ayam..tomyam..char keow teow..so, bila tukar skit mula la x brp sedap tekak..ayah ngan mak yg abiskan..
lpas mkn kami pi sggah kedai sat lpas tu balik hotell
ok la dah mgrib ni..next time nnti smbung citer pi langkawi plak.....

Jumaat, 17 Julai 2009

tafsiran dari tarikh lahir












Assalamualaikum...........

dah lama tak menulis dalam blog ni. bukan malas tapi takde idea nak tulis, lain la kalau orang ajak menyembang, laju jer! ade la pulak point nak cakap tapi kalau suh menulis blank otak.
ok la, ari ni saya nak citer tentang tafsiran dari tarikh hari lahir. Sebenarnya nak percaya atau x itu terserah. masing- masing ade citer tersendiri dan maybe bila korang wat tafsiran ni korang boleh mengenali diri dengan lebih mendalam.
kite ni suka sangat citer pasal orang, semua orang wat x kene, kata orang tu sombong , kerek, kedekut ntah ape2 lagi, padahal diri sendiri pun dia x kenal lagi
so, disini saya harap boleh la sekiranya korang rajin2kan lah diri pi jumpa consultan yg tau mengenai tafsiran tarikh lahir ni supaya kite sentiase beringat....

Selasa, 19 Mei 2009

catatan baru....



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?


ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9) "

Khamis, 16 April 2009

dinner FPI









MALAM ANUGERAH GEMILANG
ini merupakan salah satu program under fakulti pengajian islam.Saya, hanisah and fizah merupakan salah seorang ajk bagi program ini. kitaorang under k.bi unit jamuan.
actually tugas yang diberi tidaklah sesusah mane coz pihak catering sudah menyediakan segalanya.so saya just ronda-ronda kat meja member lain dan pantau la sikit2!!!
ini merupakan dinner formal kerana setiap xtvt yang dianjurkan telah dirangka awal termasuklah skrip yang dibaca oleh pengacara majlis.
ok lah if nak tambah ape2 lg saye citer lg
salam