Isnin, 20 Julai 2009

Mudir Sek.Ren.Ma'ahad al-Ridwaniah


salam...
bersua lagi....tapi kali ini saya x nak citer pasal bercuti di Langkawi tapi mengenai mudir sek.Ren saya...Ma'ahad al-Ridwaniah, teluk Medan, Bagan Serai, Perak..
saya bermula sek disitu dari darjah 3 - 6 ....saya, abang, qusyai dihantar kesitu....kami bertiga di asrama..
sebenarnya saya tngah cari tokoh ahli tasawuf utk asgment akhlak tasawuf..tup.tup..saya nmpak name bekas mudir sy dalam wikipedia..syukran diucapkan kepada mereka yg telah menulis artikel ttg ust. Disini sy letakkan jasa dan sumbangan Tuan Guru terhadap S.A.R

Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi (Arab:ﺣﺎج ﺻﺒﺮﺍن ﺑﻦ ﺣﺎج ﺍﺳﻣﺎﻮي اﺳﻤﺎﻋﻳﻟﻲﺍﻟﺒﻨﺠﺎري رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ; juga dikenali dengan singkatan TGHS) atau Jaberal@Sabran bin Hasamawi@Asmawi (April 1, 1938Januari 2, 2007), merupakan salah seorang murid kanan dari Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Guru Haji Mat Saman Kati. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 1hb April, 1938 bersamaan dengan 30 Muharram 1357H di sebuah kampung bernama Sungai Malau, berdekatan Changkat Lobak, Bagan Serai, dalam Daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sepanjang hayatnya selama 69 tahun, beliau telah menyumbang sebahagian daripada umurnya untuk berbakti dan berjuang untuk meninggikan syiar agama Islam berpusat di kampung halaman khususnya di Alor Pongsu, Bagan Serai, dalam negerinya dan negaranya melalui pendekatan jalan dakwah dan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan masyarakat dan anak bangsa melayu Islam

Di antara cita-cita dan perjuangan Allahyarham TG yang tidak pernah padam adalah untuk memartabatkan sistem Sekolah pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Cita-cita mengasaskan Sekolah pondok sendiri sejak kembali ke kampong halaman. Ia hampir menjadi kenyataan pada akhir tahun 70an awal 80an, dengan terdirinya beberapa buah pondok di sekitar Surau al-Ansar, Alor Pongsu. Namun ia tidak kekal menjadi.

Ada juga yang datang menuntut secara sistem Sekolah pondok umumi (menadah kitab) khusus untuk tempoh masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan di Surau al-Ansar. Misalnya pada tahun 1979 awal tahun 1980, beberapa orang pelajar (sekitar 20 ke 30 orang) dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang diketuai oleh seorang pelajar bernama Ali. Kumpulan pelajar MCKK ini telah beberapa kali bermukim di Surau al-Ansar untuk mendalami ilmu agama dari Allahyarham TG ketika musim cuti penggal persekolahan mereka. Namun aktiviti ini terhenti kemudiannya, mungkin setelah masing-masing telah menamatkan pengajian dari MCKK dan menyambung pelajaran ke tempat lain atau meneruskan hidup dengan bekerja di tempat masing-masing.

Tidak lama kemudian, Allahyarham TG diminta untuk mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Kahar sebagai Mudir atau Pengetua Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah. Teluk Medan, Bagan Serai. Dari sinilah cita-cita Allahyarham TG diteruskan, bermulalah memasuki bidang yang agak baru iaitu pengurusan dan pentadbiran sekolah (Sistem Akademik) serentak dengan itu juga mentadbir sistem Sekolah pondok secara umumi.

Allahyarham TG lantang memperjuangkan kepentingan SAR terutama ketika bantuan kewangan yang dibekukan oleh pihak pentadbiran kerajaan bermula pada 1998. Inilah cabaran yang paling getir pernah di lalui oleh Allahyarham TG selaku Mudir untuk mencari sendiri sumber kewangan yang kian meruncing dari hari ke sehari. Pernah suatu ketika hampir Allahyarham TG terbang ke Negara Brunei Darussalam untuk bertemu dengan sahabat di sana bagi memohon bantuan. Tidak cukup dengan itu juga Allahyarham TG menulis beberapa pucuk surat memohon bantuan dari badan-badan korporat dan bank-bank perdangan tempatan. Segala usaha ini dilakukan demi untuk melihat SAR terus hidup dan tidak terlepas ke tangan pihak kerajaan yang pada pandangan TGHS tidak lain hanyalah untuk memudarkan pengaruh agama Islam dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu Pada bulan Mei 2005, Allahyarham TG di jemput untuk mewakili Negeri Perak ke Ijtimak Ulama' (إﺟﺜﻤﺎعﻋﻠﻤﺎء) Sekolah Pondok Se-Nusantara di Yayasan al-Jenderami Jenderam, daerah Sepang Dengkil sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Di kesempatan ini TGHS telah melontarkan beberapa pandangan dan idea yang bernas dalam sessi muzakarah (ﻣﺬﻛﺮه) perdana bersama para ulama’ yang datang dari seluruh nusantara termasuk dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura. Perjuangan dan usaha untuk mempertahankan SAR dan Sistem Sekolah pondok harus diteruskan, itulah tekad Allahyarham TG yang tidak pernah berganjak.

Pada pendapatnya kedua-dua pusat ini khususnya Sekolah pondok, masih cukup relevan sebagai pusat untuk melahirkan para alim ulama’ perwaris nabi untuk generasi akan datang, walaupun kita kini berada di dalam keadaan serba canggih dan moden. Kerana inilah jalan yang telah dirintis oleh Tuan-Tuan Guru kita turun temurun dari dahulu dan juga jalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk diteruskan hingga ke hari kiamat. Maka tidak hairanlah SAR dan Sekolah pondok sentiasa dicemburui dan tidak disenangi bukan saja kini malah dari dulu sampai bila-bila.

Sebagai contoh berapa ramai dari kalangan Tok-Tok Guru di selatan negara Thailand khususnya Patani, yang telah ditangkap dan hilang begitu sahaja, entahkan hidup entahkan mati. Itu adalah janji Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an [10]:

(أﺣﺴﺐ اﻟﻨﺎس أن ﻳﺗﺮﻛﻮا أن ﻳﻘﻮﻟﻮا ءاﻣﻨﺎ وﻫﻢ لا ﻳﻔﺘﻨﻮن)

Ertinya:“Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji?

"...Usaha ke arah jalan Allah Ta'ala pasti akan di uji dengan pelbagai rintangan dan cubaan, kita harus ingat Rasullah s.a.w adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Walaupun baginda seorang Nabi lagi Rasul malah kekasih Allah Ta'ala tetapi baginda adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Maka apalah sangat cubaan yang kita hadapi sekarang ini? Terlalu sedikit ibarat langit dengan bumi perbezaannya. Adakah kita pernah melalui peperangan sebagaimana Rasulullah s.a.w dalam usaha dakwah? Ramai dari kalangan kita yang tidak pernah!! Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian yang hadir untuk mempertingkatkan azam dan semangat untuk meneruskan jalan yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w. Tetaplah istiqamah di dalam perjuangan meninggikan martabat Sekolah pondok yang saya kira satu-satunya sistem pengajian yang menuntut pelajarnya mencari dan mencapai kecemerlangan ilmu dalam masa yang sama menunaikan tuntutannya iaitu beramal dengan apa yang dipelajari. “Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Usahlah takut dan gentar malah hadapilah segala cabaran dengan kekuatan istiqamah dan kesatuan ummah..."

Itu adalah antara lain pengisian Allahyarham TG ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis yang dirasmikan oleh YBhg. al-Fahdil Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.


gambar ketika mmberi ucapan sewaktu perhimpunan





Tiada ulasan: