Ahad, 17 Februari 2013

KISAH ANIS

as-salam, salam 1 malaysia & salam sejahtera....

sudah setahun masa berlalu...kini tempoh latihan j-QAF saya kian menghampiri akhirnya. minggu-minggu akhir ini sangatlah sibuk bagi saya yang sememangnya sangat kurang menyibukkan diri sebelum ini. pelbagai perkara dan tugasan yang perlu dilakukan. alhamdulilah! saya masih dalam keadaan normal lagi. no stress2 ya!!

tahun 2013, tahun baru yang amat dinanti-nantikan kerana umurku sudah meningkat ke-25 tahun. kenapa dengan umur 25? hahahaha...adalah la...orang yang rasa-rasanya dapat teka mesti tahu. waktu umur sebegini amatlah molek untuk kita"......".

azam saya tahun ini sudah saya senaraikan. sebenarnya bukan azam la. perkara-perkara ini dah memang sepatutnya saya settlekan tahun ni jugak. tak boleh tangguh-tangguh. lagi lambat lagi banyak masalah nanti.

1) bulan 1-6
   praktikum + kelas / kuliah + Peperiksaan j-QAF
2) bulan 6 -7
    lesen memandu yang tertangguh
    bulan 7 - 12
   still in progress

saya berdoa biarlah dalam tiap-tiap tahun tu saya ada perkara/ tugasan yang perlu dilakukan. jika tidak saya akan mengalami masalah "kemurungan". saya tak pasti tetapi saya rasa setiap orang pernah mengalaminya. macam mana saya boleh mengalami masalah ini walaupun jika dilihat dari luaran tiap-tiap tahun saya sentiasa ada perkara yang perlu dilakukan.

sebenarnya masalah ini berlaku semasa saya tamat belajar di UKM tetapi masih belum konvo lagi. saya duduk di rumah bersama adik saya. kalau tak salah saya,  dari bulan 6 hingga bulan 9 2011 ,saya hanya duduk di rumah sahaja. adik lelaki saya kerja dan kadang-kala tidak balik rumah menyebabkan saya sentiasa keseorangan diri di rumah.

kehidupan harian saya sama tiap-tiap hari. pada waktu siang, saya tidur dari pagi hingga petang. bangun hanya untuk mandi dan solat sahaja. pada waktu malam pula saya akan berjaga. saya sebenarnya seorang penakut. saya sering mendengar bunyi-bunyi yang pelik menyebabkan saya tidak boleh tidur malam. mujurlah saya mempunyai asas agama yang kuat. saya akan mengaji dengan kuat dan membuat solat malam (Qiammuail) pada malam-malam tersebut selain menonton video dari you tube.

semakin hari saya rasa hidup saya semakin tidak keruan. saya seperti tidak dapat membezakan waktu siang dan malam. adik saya yang kadang-kala balik juga akan terkejut apabila melihat saya. saya menjadi pemarah, rasa bengang, rasa mahu menangis dan tidak boleh berfikir dengan baik. seandainya waktu diberi duit RM100 @++ pun mungkin saya akan koyak.


itu adalah pengalaman pahit bagi saya. saya berjanji pada diri yang perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi. saya akan berusaha untuk memenuhi masa saya dengan pelbagai perkara. diri kita tanggungjawab kita untuk menjaganya. bukan sahaja luaran dalaman juga harus dijaga dengan baik seperti akal dan kesihatan.
untuk minggu-minggu praktikum ini, saya doakan saya diberi kesihatan dan akal yang baik supaya saya dapat menjalani praktikum dengan sempurna.

apa-apapun saya nak kongsi gambar-gambar saya di Pandan Beach, Lundu, Sarawak. sejak dok sarawak ni saya dah semakin suka mandi pantai. heheheheh.. ini sebahagian aktiviti yang dapat melepaskan tension.



peace!!!

kali pertama pergi Pandan Beach bersama rakan-rakan j-QAF PA2


mandi-manda dengan k. aisyah



                                               second round pergi bersama "family Sematan"

p/s: pelbagai kisah pelbagai ragam menjadi kita sedar realiti kehidupan manusia itu. terus-teruskanlah berfikir!

Tiada ulasan: