Sabtu, 27 Februari 2010

BeraT MatA MeliHAt.....

salam...
salam maulidur rasul .....selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah s.w.t....Nabi Muhammad S.a.w...

post kali ni bertajuk "berat mata melihat"..... pelbagai maksud yg boleh ditafsirkan berdasarkan tajuk entri saya kali ni......

ia adalah mengenai perkara yg kewujudannya kurang diambil kisah oleh kita...sama ada sedar atau tidak..
ok la.... saya mulakan dengan aktiviti yg saya lakukan semalam iaitu pergi teman kawan shopping baju dekat masjid India... kebetulan pula semalam cuti umum so makin panjang la langkah kami....

baju2 kat sini kebanyakkannya murah2 dan cantik pula tu...tapi kita kene pandai server la...jangan tertipu sudah...."ada baju yg berharga RM200 tempat lain boleh dapat dengan RM98.00 je kat sini...tapi maybe, tak berkualiti kot!!" harga dekat sini boleh dirunding...so, jangan terburu-buru ketika membeli...

kemudian selepas membeli, kami singgah kat masjid India untuk solat asar dan bercadang nak balik ...tapi ada sorang kawan offer nak hantar balik...so, kami terima la pelawaan tersebut memandangkan kaki yg dah penat berjalan...so, sementara menunggu kawan tersebut datang kami singgah di SOGO untuk berehat dan solat maghrib....
maka selepas inilah bermulanya maksud yg ingin saya ceritakan mengenai "berat mata melihat"



bolehkah kita lihat gambar ni tanpa ada sekelumit perasaan sedih, geram, dan rasa bertanggung jawab dalam diri?

saya tidak mahu bersoal jawab dalam perkara ini...hanya diri kita sendiri yg mampu menjawabnya....

saya nampak pakcik ni sewaktu sedang menunggu kawan kami diluar SOGO...hadapan pintu utama...pada mulanya saya hanya melihat kosong sahaja memandangkan ini merupakan persekitaran yg agak agak biasa di bandar2...namun, yg membuatkan saya berasa sedih bila melihat pakcik ni sedang mengerang kesakitan....tiada sesiapa yg menolong.... orang2 di sekelilingnya hanya mampu menunjukkan wajah simpati sahaja ....

akibat tidak sanggup melihatnya ....saya memberanikan diri untuk bertanya...."pakcik ok ker?" "pakcik ok nak...usus ni kembang sikit nanti ok la" ..."pakcik dah makan"? "pakcik dah makan ...takpe2 lepas ni ok la nak...."ini adalah antara perbualan saya dengan pakcik tersebut.... kalau ikutkan hati nak je saya ambil duit dia dan beli ubat kat farmasi...or guna duit saya pun takpe...tapi sayangnya saya tidak berbuat apa2 melainkan berdoa kepada Allah.....pakcik tu menahan kesakitan sehingga mengalir air matanya....kesakitan yg amat sangat ...tiada sesiapa yg membantunya....saya hanya melihat sehinggalah kawan yg ditunggu tiba....

bila difikir2kan semula pelbagai persoalan yg timbul ...antaranya ialah:
-mengapa sikap prikemanusiaan sesama kita semakin berkurangan?
-dimana anak-anaknya atau saudara-maranya?
-bagaimana seorang tua dan sakit (saya lihat kakinya dibalut) boleh sampai di hadapan SOGO semata-mata untuk meminta sedekah?

saya percaya pakcik ni adalah sebahagian daripada mereka yg dipaksa untuk meminta sedekah oleh sendiket yg tidak bertanggungjawab dan kejam berdasarkan ciri2 yg dilihat....bagaimana pula pandangan anda???

p/s: ketaq tangan nak nulis bila mengingati pakcik tersebut........

1 ulasan:

skyjamil berkata...

aku tak paham ar..ko cter pasal seorang pengemis la ni erk..huhu sedih gak,