Sabtu, 26 Disember 2009

WanItA, Women or .....( 2 )


salam
salam 1 Malaysia..sem baru tahun baru azam baru...........
adakah anda bersetuju???? ikut saja lah kate org kan...jawapan yg sama stiap tahun..

kali ni saya nak sambung tajuk lpas berkenaan wanita bg versi kedua....

hadith nabi yg bermaksud:
drpd Abi Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya wanita itu umpama tulang rusuk, kirannya engkau berusaha membetulkannya (dengan kasar) engkau menyebabkan ia patah, kirannya engkau membiarkan ia berkeadaan sedemikian ia berterusan bengkok atau bertambah bengkok.

huraian hadith
Rasulullah menjelaskan bhw wanita @ isteri itu dijadikan drpd tulang rusuk yg bengkok utk m'gambarkan bhw mrk itu bnyk karenah, brbagai gelagat & mmrlukan kepakaran utk dilentur agar lurus & x patah. secara umumnya, tindakan mereka bnyk dipengaruhi oleh nafsu, berbanding akal. selain itu, dr sudut fizikal pula mereka adalah lemah lembut, sopan -santun dan pemalu.
justeru itu, sbagai seorang suami ia tidak boleh mmbiarkan isterinya berterusan dalam keadaan tersebut. Dia wajib membentuk, mendidik dan menjalin hubungan dgn isterinya secara berhikmah dan lebih banyak tolak ansur. lantaran itulah, hadith tersebut menyarankan supaya menjalinkan dan mengadakan hubungan yg baik dgn isteri...

kesempurnaan suami

hadith yg bermaksud:

mukmin yg paling sempurna keimanannya ialah mereka yg paling baik pekertinya, dan sebaik-baik kamu ialah yg sebaik-baik akhlak terhadap isteri mereka.

dari ukuran agama sendiri meletakkan bahawa suami yg baik dan terhormat itu ialah mereka yg baik & menjalin hubungan yg baik terhadap isteri mereka. kerana gambaran hubungan seseorang dengan isterinya itu adalah menggambarkan hakikat sebenar perangai dan sifatnya.

p/s: rujukan HURAIAN HADITH-HADITH HUKUM...

Tiada ulasan: